GERAKAN bantu cegah rasuah dalam merealisasikan ‘Better Pinang’
Ketua Pesuruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki menyatakan kebimbangan beliau terhadap salah guna kuasa dan hal tuntutan palsu di kalangan penjawat awam di Pulau Pinang.
Bagi merealisasikan ‘Better Penang’ Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN) sedia membantu SPRM mencegah amalan rasuah terutamanya di kalangan penjawat awam Pulau Pinang.
Menurut Baljit Singh A/L Jirigi Singh Naib Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia, salah satu tunjang utama ‘Better Penang’ ialah ketulusan dan kerajaan beramanah di Pulau Pinang.
GERAKAN akan memberi komitmen untuk bersama-sama SPRM mencegah rasuah di negeri ini.
Berdasarkan perangkaaan SPRM, sebanyak 919 aduan diterima pihaknya berhubung kesalahan ini sejak 2019 sehingga kini.
Angka ini jika tepat, memburukkan imej negeri “Pulau Mutiara” di mata dunia lebih-lebih lagi apabila ia diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) terbaik di Asia.
Keyakinan syarikat asing untuk melabur di negeri ini akan terjejas. Ia sekaligus tidak dapat merancakkan ekonomi negeri, katanya dalam satu kenyataan akhbar hari ini.
Sekiranya gejala rasuah semakin berleluasa, pentadbiran negara secara keseluruhannya akan terjejas. Segala dasar atau penguatkuasaan akan menjadi lemah.
Sepanjang 39 tahun mentadbir Pulau Pinang dan menjadi menteri di peringkat Nasional, tiada seorang pun pemimpin GERAKAN yang pernah dikaitkan atau didakwa dengan rasuah.
Rekod ini jauh berbeza dengan pentadbiran sekarang.
Sekarang berlaku pelbagai tuduhan rasuah dan penyelewengan kuasa sehingga ada yang telah didakwa dan sedang dibicarakan di Mahkamah.
Pendemik rasuah adalah musuh Negara dan mereka yang terbukti tersabit dalam jejala ini patut “dikurung” (dipenjarakan).
Rasuah juga tidak terhad kepada mana mana parti politik, negeri, agama dan bangsa. Malaysia mesti bersatu melawan rasuah.