Parti Gerakan Rakyat mengadakan Program Pemeriksaan Kesihatan
Parti Gerakan Rakyat Malaysia Bahagian Bukit Bintang dengan kerjasama Persatuan Kebajikan dan Sosial Sejahtera Perumahan Awam Kuala Lumpur dan Sri Selangor akan mengadakan Program Pemeriksaan Kesihatan pada 1 Oktober 2022 Sabtu ini.
Menurut Setiausaha Parti Gerakan Bahagian Bukit Bintang Balamuruganramalingam, program tersebut akan diadakan di Menara PGRM 1, Kuala Lumpur.
“Pemeriksaan ini melibatkan daripada Kementerian Kesihatan (pergigian dan kesihatan) , Jabatan Kebajikan Malaysia dan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia.
“Program ini bermula pada pukul 9.00pagi sehingga 3.30 petang. Sasaran kami adalah seramai 300 orang daripada pelbagai kaum,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Tambah beliau, program ini adalah julung kali diadakan dan diharapkan dapat membantu rakyat Malaysia membuat pemeriksaan untuk mengetahui risiko penyakit.
Jika tidak membuat pemeriksaan, mungkin pada masa depan banyak organnya akan rosak. Maka, perlu ada pengetahuan mengenai penyakit itu supaya kita dapat mengambil langkah pencegahan sewajarnya.
Untuk penyertaan lanjut dan kehadiran mengenai program secara percuma ini boleh hubungi Parti Gerakan Rakyat Malaysia atau Persatuan Kebajikan dan Sosial Sejahtera Perumahan Awam Kuala Lumpur dan Sri Selangor