Hael Husaini Lancar Video Muzik Raya Baharu “Lagu Raya Untukmu”

KUALA LUMPUR – Penyanyi dan komposer terkenal Hael Husaini tampil dengan karya istimewa sempena Aidilfitri menerusi pelancaran video muzik terbaharu berjudul “Lagu Raya Untukmu”, yang diperkenalkan dalam program hiburan popular Melodi di TV3.


Lagu tersebut menggabungkan elemen muzik moden dan klasik, menjadikannya segar namun tetap mengekalkan kemeriahan serta nuansa nostalgia Aidilfitri. Dengan vokal penuh emosi, Hael menyampaikan mesej kemafaan, kebersamaan dan penghargaan terhadap insan tersayang, sekali gus menyemarakkan lagi suasana perayaan.


Proses rakaman lagu ini melibatkan sesi vokal dan penyusunan muzik yang teliti di studio, dengan kolaborasi kreatif antara Hael Husaini dan penerbit terkenal Igie Hugh, yang turut bertindak sebagai penulis lirik dan komposer bersama.


“Lagu Raya Untukmu” juga merupakan hasil kerjasama antara Hael Husaini, Alternate Records dan Rocketfuel Entertainment, yang bertujuan memperkenalkan lagu Raya moden dengan sentuhan segar kepada para pendengar.


Menurut Hael, lagu tersebut diharapkan dapat menjadi salah satu iringan indah semasa Aidilfitri, sambil menyampaikan mesej tentang kepentingan kemafaan dan menghargai setiap detik bersama keluarga serta sahabat.


Video muzik rasmi “Lagu Raya Untukmu” kini boleh ditonton di YouTube melalui saluran rasmi Alternate Records dan Rocketfuel Entertainment, manakala orang ramai turut digalakkan berkongsi kemeriahan sambutan Raya di media sosial menggunakan tanda pagar #LaguRayaUntukmu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *