GUANGXI, China, 11 Mac 2026 – Program televisyen kebudayaan “New Folk Song Gala: Selangor Edition” dilancarkan secara rasmi sebagai usaha kerjasama antara Tourism Selangor dan Guangxi Radio and Television, bagi mempromosikan pelancongan Selangor melalui seni, muzik dan budaya.


Program ini berfungsi sebagai jambatan budaya antara Malaysia dan China dengan menampilkan keindahan warisan, alam semula jadi serta gaya hidup moden di Selangor kepada penonton di China.
Antara segmen menarik ialah persembahan lagu rakyat Malaysia “Ikan Kekek” oleh penyanyi Malaysia Layla Sania bersama penyanyi China Wu Keyue, yang melambangkan pertukaran budaya dan penghargaan terhadap muzik tradisional kedua-dua negara.
Rakaman program turut memaparkan pelbagai destinasi terkenal di Selangor seperti Muzium Sultan Alam Shah, Sunway Lagoon, Mi Le Garden, Villa Chee Sabak Bernam, IOI City Mall Sepang, Sky Mirror, Bukit Malawati, Forest Research Institute Malaysia (FRIM), Batu Caves serta Pulau Ketam.

runfunc: 0; algolist: 0;
multi-frame: 1;
brp_mask:0;
brp_del_th:0.0000,0.0000;
brp_del_sen:0.0000,0.0000;
motionR: 0;
delta:1;
bokeh:1;
module: photo;hw-remosaic: false;touch: (0.44111097, 0.7591669);sceneMode: 13107200;cct_value: 0;AI_Scene: (13, 0);aec_lux: 226.0;aec_lux_index: 0;albedo: ;confidence: ;motionLevel: 0;weatherinfo: weather?null, icon:null, weatherInfo:100;temperature: 29;
Inisiatif ini turut disokong oleh pelbagai rakan industri termasuk PADAT, IOI Group, Sunway Lagoon, Pearl Holiday Travel & Tour, HL Dragon Fruit Eco Farm dan Dking.
Selain itu, Tourism Selangor turut menganjurkan sesi B2B melibatkan lebih 60 ejen pelancongan bagi memperkukuh kerjasama industri antara Malaysia dan China serta membuka peluang promosi pelancongan yang lebih luas.
Program ini dilihat sebagai langkah strategik dalam mempererat hubungan budaya antara kedua-dua negara sambil meningkatkan daya tarikan Selangor sebagai destinasi pelancongan antarabangsa.



