Harga ayam cecah RM40 seekor – Anwar Ibrahim
RAWANG: Ketua Pembangkang Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dato’ Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan tindakan kerajaan tentang harga makanan asas yang semakin meruncingkan rakyat, baru-baru ini.
Katanya, sesetengah kawasan perkampungan orang asli, harga ayam dijual mencecah sehingga RM40 seekor.
“Ada yang berminggu-minggu tidak makan ayam, kerajaan peduli ke? Rakyat tiada pilihan, pastikan wakil rakyat yang kita pilih dapat memajukan rakyat.
“Anak Melayu, anak Cina, anak India, anak Iban, anak Kadazan sama sahaja, anak- anak muda perlu ‘remember and decide the future’,” katanya dalam majlis PH India Road Show di Dewan Sri Maha Mariamman Batu 17 Rawang.
Turut hadir majlis tersebut, Ketua Cabang PKR Hulu Selangor, Dr Sathia Prakash Nadarajan.
Tambah Anuar, sebagai rakyat kita harus mempunyai integriti yang tinggi.
“Jangan hanya sebab diberi RM100, terus kita tunduk kepada ahli politik tersebut.
“Ini soal integriti, maruah, dan nilai diri seorang manusia merdeka, selain itu, seorang rakyat Malaysia harus ‘proud to be Malay, Chinese and Indian because we are Malaysian.
“Yang kaya hanyalah mereka (ahli politik) kontrak besar untung malahan berbillion ringgit.
“So this is our right, out future’ kerana Malaysia bukan negara yang miskin,” katanya. – UTVMediaMsia