MIT Pahang peluang perniagaan terbuka luas Domestik dan Antarabangsa – Exco Pelancongan
KUALA LUMPUR – Dijangkakan sambutan hebat Dan kehadiran kebih 10,000 peserta akan menyertai Malaysia International Tourism Expo Pahang 2024 (MIT Pahang 2024) yang akan berlangsung pada 8 hingga 10 Oktober ini, kata Exco Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Leong Yu Man.
Menurutnya, MIT Pahang merupakan platform terbaik buat penggiat industri pelancongan dari dalam dan luar negara untuck bertukar pendapat serta membuka peluang perniagaan baharu buat peserta.
Beliau berkata program itu turut membuka peluang perdagangan dalam industri pelancongan.
“Bukan itu sahaja, ianya juga menjanjikan peluang yang luas dalam aspek ekonomi, budaya dan dimensi pelancongan yang strategik secara global,” katanya pada sidang media di Hotel Ramada Suites by Wyndham Bangunan Berkembar Petronas (KLCC).
Jelasnya antara aktiviti yang bakal berlangsung pada MIT Pahang 2024 seperti
persidangan berimpak tinggi dan sesi ‘Business to Business’ (B2B) bagi semua pempamer serta
pembeli premium.
Beliau berkata turut diadakan aktiviti seperti ‘Gala Night Dinner’ di Club Med Cherating, wacana dan pembentangan, lawatan berjadual bagi para pempaper serta pembeli.
“Lebih daripada 1000 Undangan kepada pembeli global, ditaja dan diundang,” katanya.
Menurut Leong lagi antara objektif penganjuran MIT Pahang adalah menyediakan platform business to business (B2B) kepada pemain
pelancongan Asia Tenggara dan seluruh dunia untuk berhubung dan memupuk kerjasama antara satu sama lain.
Beliau berkata program itu juga dapat mewujudkan platform pengetahuan bagi pakar industri dan perniagaan Pelancongan untuk bertukar idea dan memperoleh pandangan baharu ke arah masa depan industri pelancongan yang menjanjikan.
“Menggalakkan pemain industri menghargai dan memelihara warisan budaya dan ekologi rantau ini sebagai produk pelancongan premium.
“Menyediakan platform yang menarik bagi penyatuan pelbagai pemain industri
pelancongan termasuk perkhidmatan dan produk sokongan untuk pelbagai aktiviti pelancongan,” katanya.
Sementara itu, Leong berkata MIT Pahang akan dipromosikan sebagai destinasi perhimpunan perniagaan industri pelancongan tahunan yang dinanti-nantikan bagi rantau ASEAN.