Hospital Sungai Buloh sedang berusaha bagi mengesan . waris kepada satu mayat yang tidak dituntut

  • January 11, 2023
  • 1 min read
Hospital Sungai Buloh sedang berusaha bagi mengesan . waris kepada satu mayat yang tidak dituntut

Pihak11 JANUARI 2023 Sungai Buloh sedang berusaha bagi mengesan . waris kepada satu mayat yang tidak dituntut di Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh makluman, si mati bernama Mohd Roni Bin Malik merupakan tahanan Penjara Sungai Buloh telah dimasukkan ke wad Hospital Sungai Buloh dan telah disahkan meninggal dunia pada 31 Disember 2022. Pihak Jabatan Penjara telah membuat pencarian waris terdekat bagi urusan pengebumian iaitu Sapinah Binti Salleh (Pasangan) dan Nurul Natasya Nabila Binti Mohd Roni (Anak) beralamat di Flat City Height, Taman Sri Sg Chua, 43000 Kajang akan tetapi tiada waris ditemui mengikut alamat tersebut.

Sehubungan dengan itu, pihak Hospital Sungai Buloh memohon waris si mati ataupun orang ramai yang mengenali si mati dan waris supaya dapat tampil memberikan maklumat dengan hadir ke Jabatan Kerja Sosial Perubatan Hospital Sungai Buloh ataupun menghubungi Puan Nur Hanani Binti Mohd Nasir di talian 03-61454333 samb. 2256 dan Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh di talian 03-61454333 samb. 3100. Bersama-sama ini dilampirkan gambar si mati berkenaan. Kerjasama dan jasa baik pihak tuan/puan untuk membuat hebahan berkenaan amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

Bahagian Perhubungan Awam
Hospital Sungai Buloh Selangor
11 JANUARI 2023

HospitalSungaiBuloh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *