PENGUMUMAN SKIM HARGA MAKSIMUM MUSIM PERAYAAN (SHMMP) TAHUN BARU CINA 2023
ALOR SETAR, 12 Januari 2023 – Skim Harga Maksimum Musim
Perayaan (SHMMP) telah mula dilaksanakan di Negara kita sejak tahun
2000 sebagai sebahagian dari usaha prihatin kerajaan menstabilkan harga
barangan keperluan sesuatu perayaan ketika permintaan dijangka
meningkat untuk membolehkan rakyat Malaysia semua peringkat dan
berbilang kaum, agama dan budaya merayakan Hari Perayaan tersebut
dalam keadaan ceria dan harmoni.
- Menjelang sambutan Tahun Baru Cina pada 22 Januari ini, SHMMP
Tahun Baru Cina 2023 akan dilaksanakan berkuatkuasa dari 15 Januari
hingga 29 Januari 2023. Tempoh pelaksanaan adalah selama 15 hari
iaitu 7 hari sebelum perayaan, 1 hari semasa perayaan dan 7 hari
selepas perayaan. Pada masa yang sama, ayam dan telur ayam sedang
dikawal harganya di bawah pelaksanaan penentuan harga ayam dan telur
ayam. - Sebanyak 8 jenis barangan akan diwartakan bagi pelaksanaan
SHMMP Tahun Baru Cina 2023. Senarai barangan bagi Skim ini adalah
seperti berikut:
a. Ikan bawal putih (berat antara 200gram hingga 400gram
seekor)
b. Udang putih (berat antara 41 ekor hingga 60 ekor sekilogram)
c. Bawang putih (China)