Hotel Maya Kuala Lumpur Raikan Ramadan Bersama Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik

  • March 8, 2025
  • 2 min read
Hotel Maya Kuala Lumpur Raikan Ramadan Bersama Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik

Kuala Lumpur, 7 Mac 2025 – Dalam semangat Ramadan yang penuh keberkatan, Hotel Maya Kuala Lumpur dengan kerjasama Pertubuhan Jejak Jalanan telah menganjurkan majlis berbuka puasa istimewa bersama 40 orang kanak-kanak kurang bernasib baik dari sekitar Kuala Lumpur.

Sharmini Moganasundram, Pengurus Besar Hotel Maya K.L

Majlis ini bertujuan untuk menyebarkan kegembiraan dan berkongsi rezeki dengan menyediakan hidangan berbuka puasa yang enak, hadiah istimewa, serta suasana yang meriah bagi menceriakan Ramadan mereka.

Bertempat di Maya Brasserie, kanak-kanak yang hadir disajikan dengan pelbagai juadah bufet yang lazat untuk berbuka puasa. Mereka turut menerima beg cenderahati berisi coklat, biskut, dan kek, serta duit raya khas sebagai tanda penghargaan dan kasih sayang.

“Syabas kepada Pertubuhan Jejak Jalanan, sebuah NGO yang sangat aktif dalam kerja-kerja kebajikan di sekitar Kuala Lumpur. Terima kasih juga kepada anak-anak yang hadir hari ini, kerana senyuman dan kehadiran kalian membawa kebahagiaan kepada kami,”

kata Sharmini Moganasundram, Pengurus Besar Hotel Maya Kuala Lumpur.

Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran selebriti tempatan seperti Awal Ashaari, Ain Edruce, Zahid AF, Ayu Damit dan ramai lagi, yang meluangkan masa menghiburkan kanak-kanak, menjadikan malam itu satu pengalaman yang tidak akan dilupakan.

Melalui inisiatif ini, Hotel Maya Kuala Lumpur berharap dapat terus menyebarkan semangat kemuliaan dan keprihatinan dalam bulan Ramadan, serta memberi inspirasi kepada lebih ramai pihak untuk membantu mereka yang memerlukan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *