PROGRAM GERAK RAHMAH: JOM MASAK BUBUR LAMBUK PERPADUAN

  • March 8, 2025
  • 2 min read
PROGRAM GERAK RAHMAH: JOM MASAK BUBUR LAMBUK PERPADUAN

KERTEH, 8 MAC 2025 – Kementerian Perpaduan Negara (KPN) melalui Jabatan
Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Terengganu telah menganjurkan Program Gerak Rahmah: Jom Masak Bubur
Lambuk Perpaduan Peringkat Kebangsaan 2025 yang disempurnakan oleh
YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara di Dewan Sivik Kerteh,
Terengganu Darul Iman.

YB Datuk Aaron Ago Dagang berkata, “program ini merupakan anjuran kali keempat yang dianjurkan secara serentak di seluruh negara dan pada tahun ini, sebanyak lebih 700,000 bekas bubur lambuk telah diedarkan secara serentak di seluruh negara oleh Kementerian melalui lebih 3400 Kawasan Rukun Tetangga (KRT).”


“Program seumpama ini bukan sahaja berjaya menghimpunkan dan menggerakkan warga KRT secara bersepadu, tetapi juga dapat mengeratkan perpaduan dalam kalangan masyarakat di pelbagai peringkat tanpa mengira latar belakang, kaum dan agama.

Oleh hal yang demikian, melalui program ini juga dapat melihat keterlibatan dan
kebersamaan masyarakat untuk menyediakan bubur perpaduan dan juga berbuka
puasa bersama-sama yang menjadi lambang penyatuan dan perpaduan rakyat
Malaysia,” tambah beliau.

Pada masa yang sama, Menteri Perpaduan Negara juga turut merakamkan ucapan
setinggi-tinggi penghargaan kepada Negeri Terengganu yang sudi menjadi tuan rumah
bagi penganjuran Program Gerak Rahmah: Jom Masak Bubur Lambuk Perpaduan
Peringkat Kebangsaan pada tahun ini.

Beliau berharap semoga segala usaha yang
dilakukan ini menjadi pemangkin kepada perpaduan yang merupakan tonggak
keamanan, keharmonian dan kemakmuran negara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *