Hotel Tenera Bangi menganjurkan Bufet Ramadan bertemakan ‘‘Lip-Lap Lip-Lap’
Hotel Tenera Bangi menganjurkan previu Ramadan bertemakan ‘‘Lip-Lap Lip-Lap’ bermula jam 12.30 tengah hari pada semalam, 8 Februari 2024.
Rozita Che Wan atau lebih mesra disapa Che Ta dijadikan sebagai wajah bufet Ramadan Hotel Tenera kali ini yang akan bermula pada 14 Mac 2024 sehingga 7 April 2024 depan.
Sajiannya sedap, tempatnya selesa malah harga yang ditawarkan kepada pengunjung pun amat berpatutan buat seisi keluarga.
DURIAN ‘Unlimited’ disajikan di ruang luar dewan tetapi hanya disajikan padahari Jumaat, Sabtu dan Ahad sahaja pada harga RM158 (Jumaat-Ahad) manakala pada Isnin hingga Khamis ia berharga RM138.
Hotel Tenera menawarkan harga tempahan awal atau ‘early bird’ pada harga RM98 sahaja daripada harga asal RM138 (Isnin-Khamis) dan RM158 (Jumaat-Ahad).
Lebih 40 gerai dengan lebih kurang 200 menu hidangan pelbagai jenis lauk pauk seperti masakan panas, bakar, sup, pasta, pizza, dim sum, kuih muih, buah-buahan serta aneka minuman.
Terdapat hidangan seperti Nasi Kambing Apollo, Nasi Ayam Buluh Betung, Sup Gear Box Kampung Utara, Gerai Satay Kicap, Omar Maju Rojak Padang Kota, Shawarma, Kentang Sangkut Mania, Kopi Arang Panggang Live, Teh Chai, Air Ais BlendeddanAis Krim Sang Kaya, Kepala Salmon Jawa Teriyaki, Lidah Bakar Masih Terasa, Ikan Bakar Sumbat, Shellout, Rendang Tok Perak, Daging Asam Kunyit, Siput Sedut Masak Lemak, Urat Keting Asam Pedas, Sotong Goreng Simbah Percik, Daging Tetel Gulai Rebung, Ikan Talang Gulai Nenas, Ayam Ungkep, Sembilang Masak Lemak Daun Kunyit dan banyak lagi.
Lebih menarik sempena penampilan Che Ta kali ini, pengunjung berpeluang untuk menikmati menu pilihan selebriti itu di gerai ‘Wadai Kepeng Lip-Lap Lip-lap’.
Hasil air tangan Cef Eksekutif Hotel Tenera, yang berpengalaman,Cef Sahisal Azrul Mat Said dan dengan keunikan dan keaslian menu yang dihidangkan telah menerima banyak maklum balas yang positif daripada pengunjung sehingga Hotel Tenera berjaya menerima anugerah berprestij ‘Best Ramadan Buffet’ sebanyak tiga kali iaitu pada tahun 2019, 2022 dan 2023 daripada Gastronomy Association of Malaysia.
Menurut Pengurus Besar Hotel Tenera, Fadzly Hamzah, bufet Ramadan pada tahun ini masih mengekalkan konsep gerai-gerai seperti di bazar Ramadan.
“Kami turut memudahkan pengunjung apabila sepanjang bulan Ramadan Hotel Tenera turut menawarkan promosi harga bilik istimewa termasuk dengan baucar Bufet Ramadan serta hidangan di waktu sahur,” katanya.
Pihak hotel turut menyediakan kemudahan surau atau dewan solat kepada para pengunjung untuk menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Solat terawikh wakil Tahfiz Sulaimaniyyah dan Tahfiz Masjid Al-Hasanah untuk memimpin solat Jemaah Isyak dan Terawih pada setiap malam disepanjang bulan Ramadan.
Tawaran pembelian terbuka sehingga 29 Februari 2024 dengan bilangan baucar adalah amat terhad.
Jadi jika tidak mahu lepas peluang keemasan itu boleh berhubung atau whatsapp di talian 019-3854 796 atau layari layari www.tenerahotel.com.myhttp://www.tenerahotel.com.my/.
Jadi jika mahu menjadi sebahagian daripada tetamu dan berbuka puasa di Hotel Tenera, maklumat lanjut boleh menghubungi talian 03-89299600 atau whatsapp 019-3854796/019-3592796. – UTV