ISU 3R : MCMC BUKA EMPAT KERTAS SIASATAN, PEMPENGARUH POLITIK ANTARA DISIASAT

  • April 7, 2025
  • 1 min read
ISU 3R : MCMC BUKA EMPAT KERTAS SIASATAN, PEMPENGARUH POLITIK ANTARA DISIASAT

CYBERJAYA, 7 April 2025 — Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
(MCMC) membuka empat (4) kertas siasatan terhadap dua (2) individu yang
didapati telah memuat naik kandungan palsu dan jelik melampau berunsur 3R
(perkauman, agama, dan Institusi Diraja) di platform Facebook dan TikTok.

Sesi rakaman percakapan terhadap mereka dijalankan pada hari ini di Ibu
Pejabat MCMC, Cyberjaya bagi membantu siasatan lanjut.

Salah seorang daripada dua individu tersebut merupakan pempengaruh dan
aktivis politik yang menimbulkan sentimen perkauman di media sosial
melibatkan lagu kebesaran Negeri Perak, penguasaan ekonomi orang Melayu
menerusi pemecahan monopoli Petronas dan Gas Malaysia Berhad, serta
tentang pengambilalihan Menara Kuala Lumpur.

Kes disiasat di bawah Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998
yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM500,000 atau penjara
maksimum sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Sebanyak satu (1) unit telefon bimbit dan satu (1) kad sim milik seorang suspek
telah disita bagi tujuan analisis forensik.
Manakala bagi seorang lagi suspek, telefon bimbitnya telah pun disita oleh pihak
Polis Diaja Malaysia (PDRM) bagi siasatan atas kesalahan yang berlainan.

Orang ramai dinasihatkan untuk menggunakan platform media sosial dengan
penuh tanggungjawab serta berhemah, dan tidak sewenang-wenangnya
memuat naik sebarang kandungan berunsur 3R yang boleh mengancam
keharmonian kaum dan agama di negara ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *