Sunday, 15 November 2026BERITA · PERSPEKTIF · KOMUNITI
TERKINI
Majlis Rentas Industri Lebih 100 Meja di Kluang! Dr Kervis Soo Himpunkan Tokoh Perfileman Hong Kong dan Malaysia, Buka Lembaran Baharu ‘Filem + Platform’Frac and SuprAI, a Member of SGX-Listed USP Group,Partner to Build Enterprise AI for Southeast Asia;Frac Receives Malaysia Book of Records RecognitionUniversiti Malaya Anjur Bicara Buku Syed Husin Ali, Cetus Kesedaran Generasi MudaPRESMA: Kembalikan Sistem Penggantian Pekerja Asing, Elak Krisis Tenaga Kerja Berulang

UTV Media Malaysia

Isu Kehilangan Beras Putih Tempatan Selesai, Kerajaan Telah Umum Langkah Penstabilan – YB Dato’ Syed Abu Hussin, Ketua Task Force NACCOL

Kuala Lumpur, 14 Februari 2025 – Kerajaan semalam mengumumkan bahawa isu kehilangan Beras Putih Tempatan (BPT) telah berjaya diselesaikan melalui beberapa langkah intervensi strategik.

Dalam sesi penerangan di Dewan Rakyat pada 13 Februari 2025, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu menegaskan komitmen kerajaan dalam memastikan kelangsungan bekalan dan kestabilan harga beras tempatan.

Dalam sidang media, YB Dato’ Syed Abu Hussin, Ketua Task Force NACCOL berkata, antara langkah utama yang diumumkan termasuk kenaikan harga lantai jualan padi daripada RM1,300 kepada RM1,500 per tan serta pengekalan harga jualan BPT pada kadar RM26 sekampit.

Selain itu, subsidi sebanyak RM150 juta turut diperuntukkan bagi tempoh enam bulan sebagai langkah intervensi bagi menstabilkan pasaran.

Keputusan ini mendapat reaksi positif daripada rakyat yang sebelum ini berdepan dengan kesukaran mendapatkan beras tempatan.

Kerajaan Perpaduan juga mencatat sejarah dengan menaikkan harga lantai jualan padi buat kali kedua dalam tempoh 24 bulan, sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

Langkah ini menunjukkan kesungguhan kerajaan dalam membantu petani serta memastikan kestabilan rantaian industri padi dan beras negara.

Bagi memastikan bekalan BPT sentiasa mencukupi, Pasukan Penguatkuasaan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan kini diperkuatkan dengan kerjasama MAREA.

Langkah ini diambil bagi memastikan tiada lagi ketirisan dan spekulasi yang boleh menjejaskan pasaran.

Dengan pengumuman ini, kerajaan menegaskan bahawa isu kehilangan Beras Putih Tempatan kini telah selesai dan rakyat boleh mendapatkan bekalan seperti biasa. – UTV

Komen (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *