PENYERAHAN SUMBANGAN PERSEKOLAHAN KEPADA MURID TINGKATAN 5 PARLIMEN BANDAR TUN RAZAK

  • February 14, 2025
  • 2 min read
PENYERAHAN SUMBANGAN PERSEKOLAHAN KEPADA MURID TINGKATAN 5 PARLIMEN BANDAR TUN RAZAK

BANDAR TUN RAZAK, 13 Februari 2025 – Satu program penyampaian sumbangan persekolahan telah diadakan khusus untuk murid-murid Tingkatan 5 sekolah menengah harian di Parlimen Bandar Tun Razak.

Program ini menyaksikan hampir 2,000 orang pelajar menerima bantuan dalam bentuk beg sekolah khas, wang tunai, dan alat tulis sebagai persediaan menghadapi sesi persekolahan baharu.

Majlis ini turut diserikan dengan ucapan penghargaan kepada YB Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, yang telah menyumbang dan prihatin terhadap kebajikan pelajar.

Pejabat Parlimen sebelum ini juga telah membantu seramai 1,000 orang murid sekolah rendah dan menengah harian dengan sumbangan beg serta baucar bernilai RM100 setiap seorang.

Dalam ucapannya, beliau menekankan kepentingan pendidikan dalam membentuk masa depan negara. Beliau menyeru para pelajar untuk menuntut ilmu dengan tekun, penuh keikhlasan, serta menanamkan adab dalam setiap pembelajaran.

“Negara kini berada di landasan yang betul untuk mencapai kemajuan dalam bidang ekonomi, teknologi, dan pendidikan, termasuklah dalam Artificial Intelligence (AI).

Namun, untuk kekal bersaing, kita memerlukan lebih ramai tenaga kerja mahir dan pakar dalam pelbagai sektor.

Oleh itu, kita amat memerlukan tenaga kerja mahir dan golongan profesional untuk terus memacu negara ke arah lebih tinggi,” katanya.

” Program ini bukan sekadar memberi sumbangan material tetapi turut bertujuan memberi motivasi kepada pelajar Tingkatan 5 untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan akademik.

“Kenangan-kenangan persekolahan yang indah ini diharapkan akan terus diingati hingga ke generasi akan datang.
Dengan sokongan yang berterusan daripada pelbagai pihak, program seperti ini diharap dapat diteruskan pada masa akan datang demi memastikan pelajar mendapat sokongan moral dan material yang mencukupi dalam mengejar impian mereka.

Turut hadir dalam majlis ini ialah YBhg. Datuk Azman Haji Abidin, Setiausaha Politik YAB Perdana Menteri, yang memberikan sokongan padu terhadap inisiatif ini. Kehadiran beliau mencerminkan komitmen kerajaan dalam memastikan kebajikan dan pendidikan pelajar terus menjadi keutamaan.

Majlis yang penuh bermakna ini menyaksikan para pelajar menerima sumbangan dalam bentuk beg sekolah khas yang direka dengan nama pelajar, tingkatan terkini, serta logo sekolah.

Oleh itu, para pelajar yang hadir pada hari ini merupakan harapan negara untuk masa depan yang lebih gemilang,” katanya.

Beliau turut mengingatkan para pelajar supaya menuntut ilmu dengan tekun, penuh keikhlasan sambil meraikan murid-murid tingkatan 5 dalam meringankan bebab ibu bapa serta penghargaan dan sokongan kepada anak-anak supaya terus termotivasi dalam menjadi pelajar yang terbaik dalam sesi persekolahan baru tidak lama lagi. – UTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *