Jamal Yunos dibebaskan dari tuduhan mahkamah

  • August 10, 2022
  • 1 min read
Jamal Yunos dibebaskan dari tuduhan mahkamah

AMPANG, 10 Ogos 2022 – Setelah melalui episod perbicaraan mahkamah yang panjang, hari ini, Mahkamah Seksyen Ampang, Selangor telah membebaskan Datuk Seri Jamal Md Yunos, Ketua UMNO Bahagian Sungai besar daripada dua pertuduhan kerana mengeluarkan kandungan jelik di laman Facebook, dua tahun lepas.

Pertuduhan tersebut mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 (Akta 588) dan boleh dihukum dibawah Seksyen 233 (3) akta yang sama, memperuntukkan denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

Peguam mewakili Jamal, Mohd Hafizuddin Khan Norkhan berkata, pertuduhan tersebut adalah tidak sesuai dan lebih bersifat ‘politik’, kes ini akan berakhir pada Jumaat (12 Ogos), pertuduhan ini agak pelik dan tidak sesuai.

Jamal berkata, negara telah mendapat keadilan di mahkamah dan keputusan memihak kepada saya berada dipihak yang benar, selain tidak menolak isu kegiatan kedai-kedai judi haram yang tidak bermoral di sekitar Ampang kemungkinan telah dilindungi oleh sesetengah pihak yang tidak amanah.

“Saya ingin berterima kasih kepada NGO-NGO dan para media kerana memaparkan kebenaran mengenai isu kegiatan kedai-kedai judi haram ini.

“Sudah semestinya kami berada di pihak yang benar, saya bukan merompak, menyamun, rasuah, saya hanya sebagai rakyat Malaysia yang bertanggung jawab demi kebaikan rakyat dan negara,” katanya. -UTVMediaMsia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *