Jenama minuman teh premium Malaysia Chagee

  • November 7, 2022
  • 2 min read

KUALA LUMPUR, 28 Oktober 2022 – Jenama minuman teh premium Malaysia, CHAGEE
melancarkan kedai konsep terbarunya, CHAGEE Express di The Sphere, Bangsar South.

Pelancaran CHAGEE Express ini memberikan pengalaman meminum teh yang baru kepada pelanggannya dalam persekitaran serba pantas yang selari dengan slogannya “Premium Tea On The Go”.


Demi memperkenalkan kemudahan dan kecekapan pada tahap yang baru untuk memenuhi keperluan pelanggan, kedai konsep serba baharu ini menyediakan minuman teh eksklusifnya kepada para pelanggan yang sibuk dengan kerja dan mengamalkan gaya hidup serba pantas.


Lantas, kedai konsep CHAGEE Express direka khusus untuk memberi perkhidmatan dalam waktu yang singkat.


Para pelanggan di CHAGEE Express dapat membeli dan mendapatkan minuman kegemaran mereka dengan lebih pantas tanpa menjejaskan kualiti dan standard. Kemampuan ini dicapai melalui usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam teknologi termasuk jentera moden dan kecerdasan buatan (A.I.).

Di antara teknologi terbaru yang diperoleh CHAGEE ialah Mesin Penghasilan Separa Automatik yang membantu mempercepatkan proses pembuatan minuman oleh para pekerja.
Teknologi baru di CHAGEE Express turut membantu meminimumkan ralat dan memaksimumkan
kecekapan semasa proses penyediaan di mana tempoh menyediakan minuman disingkatkan.
Demi memastikan perkhidmatan yang pantas, CHAGEE Express hanya menawarkan tiga kategori
minuman utamanya iaitu teh susu segar, teh tulen premium dan siri minuman sejuk. Siri-siri
minuman lain yang memerlukan masa yang lama untuk disediakan tidak disajikan.
Kedai konsep ini turut memfokuskan untuk beroperasi di lokasi-lokasi yang sibuk seperti pusat
perniagaan, stesen transit pengangkutan awam dan sesetengah pusat membeli-belah, di mana
ianya memberi manfaat kepada para pelanggannya di kawasan terbabit. Objektif utama CHAGEE
Express adalah untuk memudahkan mereka yang sibuk untuk mendapatkan minuman teh
kegemaran mereka pada bila-bila masa.
Ketua Pegawai Eksekutif CHAGEE Malaysia, En. Jack Chong berkata, “Kami sentiasa menjalankan inisiatif
R&D untuk mengadaptasi teknologi baru ke dalam proses semasa dalam meningkatkan inovasi terbaru
seperti kedai CHAGEE Express. Kami memberi penumpuan tambahan kepada asas pembuatan minuman
teh, dari proses penyediaan sehinggalah pembancuhan, termasuk langkah-langkah penting yang lain
demi memastikan kemampuan kami memberi perkhidmatan yang pantas dalam menyediakan minuman
berkualiti tinggi. Di CHAGEE, kami sentiasa berkembang maju untuk mengekalkan pengalaman meminum

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *