Tuesday, 10 November 2026BERITA · PERSPEKTIF · KOMUNITI
TERKINI
Decathlon Merdeka 118 Tawar Pengalaman Baharu, Himpunkan Lebih 60 Jenis Sukan Di Bawah Satu BumbungPemimpin global bersidang perkasakan perniagaan di World Marketing Summit Malaysia 20262000 kotak pemberian Barangan Deepavali inisiatif khas buat penduduk Parlimen Ampang.JWN Anjur Tiga Program Perdana Perkukuh Pengurusan dan Pelestarian Warisan Negara

Portal Inspirasi Rakyat Malaysia

RUANG IKLAN · 728 × 90

Poster Toqqi sebelah calon Bebas disimbah cat

SELAYANG : Poster wajah Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) atau dikenali sebagai Toqqi bersebelahan wajah calon Bebas Parlimen Selayang, disimbat cat.

Kejadian itu dimaklumkan kepada calon Bebas Parlimen Selayang, Muhammad Zaki Omar pagi tadi.

Facebook Gagasan Bebas telah memuatnaik kejadian itu dengan kapsyen ada orang sudah goyang dengan calon Bebas.

Muhammad Zaki ketika dihubungi MEDIA VARIASI berkata beliau akan membuat laporan polis mengenai kejadian ini.

“Poster berkenaan ditempatkan di depan Masjid Bandar Tasik Puteri.

“Pemerhatian saya mendapati sambutan kepada calon Bebas semasa berkempen memang meningkat, follower FB dan TikTok pun naik banyak, 5,000 pengikut dalam dua hari.

“Mungkin sebab sambutan semakin meningkat, ada yang panas dan marah,” katanya kepada media.

Tambah beliau, pada Isnin lalu jam 2 petang, dihubungi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung aduan mengenai gambar Toqqi yang dikatakan diletakkan secara salah.

“SPR kata billboard perlu diturunkn tetapi saya masih mahu berbincang terlebih dahulu kerana tiada aduan sepanjang minggu lalu mengenai perkara ini, ” katanya.

Komen (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *