Karnival EKSKOM Tawar Jualan Minyak, Gula ‘Harga Runtuh’ di MIECC bermula 28 Julai

  • July 27, 2022
  • 2 min read
Karnival EKSKOM Tawar Jualan Minyak, Gula ‘Harga Runtuh’ di MIECC bermula 28 Julai

SERI KEMBANGAN, 27 JULAI 2022 – Ekspo Koperasi Malaysia (EKSKOM) sempena Hari Koperasi Negara 2022 anjuran bersama Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) di Mines International Exhibition & Convention Centre (MIECC), Seri Kembangan, Selangor pada 28 hingga 31 Julai 2022.

Bersempena 100 tahun pembangunan Koperasi Malaysia, bakal menghimpunkan koperasi dalam pelbagai sektor seperti pemborongan, peruncitan, kewangan, inovasi dan teknologi, pertanian dan industri asas tani, perladangan, hartanah dan industri binaan, pelancongan, penjagaan diri dan kesihatan serta pembangunan komuniti yang akan memaparkan pelbagai produk dan perkhidmatan koperasi tempatan dan antarabangsa.

Tujuan utama EKSKOM 2022 dalam memberikan tumpuan untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat menerusi keusahawanan koperasi dalam menangani cabaran peningkatan kos sara hidup dan memperkukuhkan rantaian bekalan negara.

Pelbagai aktiviti menarik seperti Cabutan Bertuah, 359 booth pameran jualan dan keusahawanan, pemadanan perniagaan, demonstrasi produk, ‘pocket talk’, ‘business coaching’, persembahan budaya dan teater, peluang pekerjaan, forum agama dan ‘Festival Makanan Asia’.

ESKOM 2022 dijangkakan menarik 2,000 pengunjung perdagangan dan 30,000 pengunjung tempatan dalam masa 4 hari, serta sasaran nilai jualan RM700,000 dan RM500,00 nilai jualan makanan dam minuman menerusi Festival Makanan Asia (Asian Food Festival).

Penganjuran EKSOM 2022 sempena Hari Koperasi Negara merupakan kemuncak kepada sambutan Bulan Koperasi Kebangsaan (BKK) yang diterajui Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) bagi menyemarakkan sambutan 100 tahun gerakan koperasi negara.

Selain menawarkan harga patut minyak masak berharga RM35, 5 kg dan gula sebanyak RM2, 1kg.

Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA), Dato’ Abdul Fattah Abdullah mempelawa masyarakat sekitar supaya jangan melepaskan peluang membeli produk dengan ‘harga runtuh’.

“Sama-sama kita menguatkan rantaian makanan bersama dengan jalinan perdagangan koperasi,” katanya pada sidang media hari ini.

Pameran ini turut disertai koperasi negara rantau asia pasifik seperti Thailand, Cambodia, Indonesia dan Filipina.

Cabutan bertuah turut diadakan menawarkan hadiah berupa motosikal, barangan elektrik, dan gajet dan persembahan artis-artis terkenal tempatan. -UTVMEDIAMSIA







Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *