KARNIVAL RAKYAT PRIHATIN MERIAH BERJAYA RAIH KEHADIRAN MASYARAKAT SETEMPAT
Meriah sungguh Karnival Rakyat Prihatin anjuran EVV Smart Sdn Bhd yang telah diadakan pada 21.12.2024 bertempat di Padang KRT Taman Ibu Kota.
Pujian harus diberikan kepada Pengarah EVV Smart Sdn Bhd, Puan Julianah Ishak Kerana inisiatif beliau berjaya menghidupkan program yang julung kali diadakan demi matlamat membantu golongan yang memerlukan disamping memberi peluang kepada peniaga-peniaga kecil menambah pendapatan.
Karnival ini telah berlangsung seawal pagi sehingga lewat petang dipenuhi dengan pelbagai pengisian dan aktiviti menarik melibatkan golongan anak kecil hingga dewasa beserta pelbagai variasi jualan yang sudah pastinya mampu memikat setiap pengunjung yang hadir dalam suasana yang harmoni.
Bukan mudah sesebuah penganjuran berjaya dianjurkan lebih – lebih lagi jika ianya melibatkan pelbagai pihak, Misi dan matlamatnya harus tepat dan selari dengan keadaan semasa.
Penganjur pula harus sentiasa cakna dengan drama masyarakat sekeliling. kajian teliti berkaitan kehendak masyarakat setempat serta ‘mood’ pengunjung hari ini pula perlu diambil kira kerana perubahan drastik akan berlaku mengikut suasana persekitaran yang merangkumi keadaan semasa.
Umumnya semua patut tahu apa yang masyarakat mahu bila ada penganjuran karnival sebegini dikawasan mereka. maksudnya untuk menarik orang ramai hadir apa keperluan tepat yang perlu ada. Pastinya kehadiran pengunjung berdasarkan dari pelbagai faktor ada yang hadir kerana kempen jualan murah, faktor lokasi dan ada pula terpaksa membatalkannya disaat akhir kerana mendengar ada karnival yang lebih menarik.
Namun yang menyedihkan terdapat segelintir masyarakat hari ini yang tidak mahu memberikan sokongan atas faktor politik kerana kehadiran orang- orang tertentu atau sokongan terhadap parti politik. Namun tahukah mereka kesan besar yang diterima adalah besar. nilai Keharmonian semakin tidak dirasa serta hubungan ukhwah itu tidak dapat dijana. Mungkin sebahagian sahaja yang bersikap begini namun ianya akan menular dan dirasakan disetiap pelusuk masyarakat. Apakah kesan nya jika dibiarkan berlarutan?
Sekalung tahniah sekali lagi kepada pihak penganjur kerana usaha ini memerlukan banyak pengorbanan. Program yang julung kali diadakan dianjurkan oleh EVV Smart Sdn Bhd dengan kerjasama rakan strategik Mapim Gombak, DBKL, XFOX Niaga, Biro Hal-Ehwal Wanita & Keluarga, KRT Taman Ibu Kota serta agensi-agensi seperti Bomba, Polis, JPJ, JPAM, Perkeso, LPPKN, Pusat Darah Negara, BHR, Leong TV Electronics, Biro Guaman , Nadi Rakyat dan tidak lupa juga sumbangan daripada individu persendirian.
Beliau juga tidak lupa mengedarkan bakul makanan kepada golongan asnaf yang
berada disekitar Gombak. Memandangkan sekolah akan dibuka, dengan itu kami mengambil peluang untuk memberi sumbangan kepada anak-anak asnaf.
Karnival ini dimeriahkan lagi dengan jualan rahmah dan 30 gerai jualan.
Karnival ini dirasmikan oleh YBhg Datuk Seri Dr Haji Mohd Shafei bin Abdullah, Ahli Lembaga Penasihat DBKL, merangkap Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan dan Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju.
Selain itu kemeriahan dapat dirasakan apabila pemilihan Mummy Didie Alias sebagai pengacara sepanjang majlis berlangsung. Pengunjung juga dihiburkan dengan persembahan artis-artis popular Zaiton Sameon dan Mac Ruhayu dengan lagu-lagu popular mereka.
Agensi-agensi yang terlibat seperti Bomba, JPJ, Perkeso, JPAM, Pusat Darah Negara,
Pemadam, LPPKN juga membuka booth untuk pameran.
Pertandingan Karaoke juga memeriahkan karnival ini dengan membawa pulang hadiah yang lumayan. Juara membawa
pulang hadiah RM500, trofi dan hamper, tempat kedua RM300, trofi dan hamper, tempat ketiga RM150, trofi dan hamper. Manakala tempat keempat membawa pulang RM50 dan hamper. Terdapat 50 hadiah cabutan bertuah bagi semua petugas dan pengujung- pengunjung yang hadir. Acara sukaneka yang diadakan melibatkan pelbagai umur.
Pn Julianah Ishak berharap karnival ini dapat menyuntik semangat untuk NGO lain dapat
membuat perkara yang sama seperti yang kami lakukan.
(Ditulis oleh En Ali beliau merupakan seorang jurukamera bukan penulis sebenar. Sekiranya terdapat penggunaan ayat yang kurang tepat mohon dimaafkan kerana saya baru sahaja belajar dan masih bertatih akan dibaiki setiap masa)