Kematian di hadapan kelab malam
ISNIN, 30 MEI 2022 – BERHADAPAN PUSAT HIBURAN E CLUB JALAN
SUNGAI BESI, KUALA LUMPUR Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur telah menerima panggilan kecemasan melalui sistem MERS999, pada jam 18:03 PM, seterusnya menghantar jentera ke lokasi kejadian.
Keluaran pasukan operasi dari BBP Pudu dengan kekuatan seramai 11 anggota bersama 1 buah jentera FRT dan sebuah EMRS.
Menurut Komander Operasi PBK II NAJILAN BIN CHE PA setibanya pasukan bomba dilokasi kejadian, didapati sebuah kereta model Mclaren diparkir berhadapan pusat hiburan berkenaan dan terdapat mangsa seorang lelaki berumur lingkungan 30an berada dalam keadaan tidak sedarkan diri. Pasukan Bomba bertindak membuka pintu kereta berkenaan menggunakan alatan khas.
Pintu kenderaan terbabit berjaya dibuka dan Pasukan Perubatan mengesahkan mangsa telah meninggal dunia dilokasi kejadian. Tugas seterusnya diserahkan kepada pihak Polis untuk tindakan lanjut.