Kombinasi serasi Ratu Rock & Penyanyi Pop Malaysia di pentas ICSYVMY 5

  • June 5, 2022
  • 1 min read
Kombinasi serasi Ratu Rock & Penyanyi Pop Malaysia di pentas ICSYVMY 5

Petaling Jaya, 3 Jun 2022 – Setelah 4 episod bersiaran, program hiburan nombor satu di Malaysia, I CAN SEE YOUR VOICE MALAYSIA (ICSYVMY) yang diadaptasikan daripada program popular Korea Selatanterus menarik perhatian penonton dengan pelbagai kejutan dan aksi dari artis jemputan!I Can See Your Voice Malaysia 5 yang dihoskan oleh Izzue Islam dan Ain Edruce bersiaran pada setiaphari Ahad, pukul 9.00 malam di TV3 dan strim langsung secara HD di www.tonton.com.my.Minggu ini, I Can See Your Voice Malaysia 5 menampilkan dua artis hebat tanah air iaitu Ratu Rock Elladan penyanyi pop wanita Misha Omar sebagai artis jemputan.

Gandingan dua legenda muzik ini sememangnya menggegarkan pentas musim ke-5. Gelagat ratu rock negara, Ella yang bersahaja pastimembuatkan anda tak kering gusi melihat beliau apatah lagi digandingkan dengan pemenang vokal terbaik3 kali di Anugerah Juara Lagu, Misha Omar yang berpengalaman luas dalam bidang nyanyian.Untuk episod ke-5 yang akan bersiaran pada hari Ahad nanti, artis-artis jemputan kita akan dibantu olehpanel penyiasat tetap iaitu Datuk Rosyam Nor, Andi Bernadee dan Janna Nick serta Lan Solo, ZarulUmbrella dan Amy Mastura sebagai penyiasat jemputan untuk bersama-sama mengenal pasti penyanyidalam kalangan peserta.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *