Kembara Ramadan MAIWP raikan 2,000 asnaf kota

  • April 16, 2023
  • 3 min read
Kembara Ramadan MAIWP raikan 2,000 asnaf kota

CHERAS, 17 April 2023 –Majlis Agama lslam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN) dengan kerjasama Pertubuhan Harapan Indah Ampang Selangor (PERHIAS) pada hari ini meraikan warga asnaf yang terdiri daripada pelbagai golongan dalam satu Program Penutup Kembara Ramadan MAIWP pada hari ini.

Turut diadakan penyerahan Sumbangan Baju Melayu dan Baju Kurung Raya Prihatin, Sumbangan Tunai Prihatin dan Penyerahan Hamper Rava kepada lebih 500 orang yang terdiri daripada anak-anak yatim, pelajar tahfiz, ibu tunggal, OKU, warga emas dan golongan asnaf penduduk Perumahan Awam Seri
Kota yang berlangsung di Dataran Seri Kota, Perumanan Awam Seri Kota, Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur yang telah disempurnakan oleh Tan Sri Dr. Mohd Daud
Bakar, Pengerusi MAIWP.


Kembara Ramadan MAIWP merupakan salah satu program hasil inisiatif yang dianjurkan oleh PERHIAS dan PRIHATIN melalui pembiayaan MAIWP dalam menjalankan aktiviti sepanjang bulan Ramadan dengan cara menyantuni golongan B40 dan Asnaf serta golongan yang kurang bernasib baik.

Antara golongan yang terlibat adalah anak-anak yatim, anak-anak tahfiz, anak-anak sindrom down, warga emas, gelandangan, pelajar Institusi Pengajian Tinggi dan petugas barisan hadapan melalui pelaksanaan program seperti program Berbuka Puasa (Iftar), Tarawih,
Qiamulail dan Sahur, Pengagihan Bubur Lambuk, Sumbangan Baju Raya Prihatin
(Baju Melayu dan Baju Kurung) dan Penyerahan Sumbangan Zakat Prihatin.


Menurut Dato’ Mohd Aizuddin Ghazali, Ketua Pegawai Eksekutif PRIHATIN, “Bulan
Ramadan sewajarnya menjadi pemangkin semangat kepada setiap agensi kerajaan,
badan korporat, pertubuhan bukan kerajaan dan badan-badan kebajikan dalam
menyahut seruan kerajaan dalam bersama sebagai memupuk semangat ‘Malaysia
Madani’ dengan membantu dan menyantuni semua golongan yang kurang bernasIb
baik. Disamping itu, warga asnaf yang terdiri daripada pelbagai kategori seperti, anak-
anak yatim, ibu-ibu tunggal, warga emas, Orang Kelainan Upaya (OKU) dan golongan
gelandangan juga perlu diberi perhatian dan disantuni kerana mereka juga turut sama
perlu meraikan Aidilfitri yang bakal tiba.

Program yang dilaksanakan bersama MAIWP
dan PERHIAS ini dapat menzahirkan keprihatinan dan menjalankan tanggungjawab
sosial kepada masyarakat setempat sekaligus mengurangkan beban serta berbaku
kepada warga asnaf di sekitar Wilayah Persekutuan.”

Manakala Pengerusi MAIWP, Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar berkata, “Pemberian sumbangan pada hari ini menunjukkan keprihatinan, amanah dan tanggungjawab yang diberikan kepada MAIWP telah dilaksanakan oleh PERHIAS dan PRIHATIN dengan pengurusan dan penganjuran program yang baik.

Dengan pelaksanaan Program Kembara Ramadan ini, MAIWP amat bersyukur dan berterima kasih kepada PRIHATIN dan PERHIAS kerana berjaya mengelola satu program yang mampu memberi sinar harapan kepada masyarakat dan golongan yang kurang bernasib baik.


Ini selaras dengan matlamat dan objektif MAIWP sendiri yang diamanahkan untuk
membantu dan menyampaikan bantuan serta sumbangan kepada golongan yang perlu dibantu hasil dan kutipan dan pungutan wang zakat dari rakyat Wilayah Persekutuan am nya.

Selain, sumbangan yang diterima boleh meringankan beban mereka terutama menjelang Aidilfitri.”


PRIHATIN melihat hasil hubungan strategik bersama MAIWP dan PERHIAS ini mampu diperkasa melalui program – program yang akan dilaksanakan melalui kerjasama bersama agensi kerajaan mahupun badan pertubuhan bukan kerajaan.


Dengan kolaborasi strategik bersama MAIWP ini, PRIHATIN menyasarkan lebih banyak program yang boleh dilaksanakan dengan MAIWP dalam masa sama boleh membantu dan meringankan beban warga asnaf di Wilayah Persekutuan.


Turut hadir Encik Mohd Nizam Bin Hj. Yahya (Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP), Datuk Abdul Malik Abdullah (Penasihat Ekonomi dan Antarabangsa PRIHATIN) dan Puan Norimah Binti Mohamad (Pengerusi Persatuan Penduduk Perumahan Awam Seri Kota).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *