Kerajaan Negeri Selangor melalui Jawatankuasa Pembangunan Generasi Muda anjur Program Paya Jaras Bermahaban

  • July 19, 2023
  • 2 min read
Kerajaan Negeri Selangor melalui Jawatankuasa Pembangunan Generasi Muda anjur Program Paya Jaras Bermahaban

Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Pembangunan Generasi Muda & Sukan dan Pembangunan Modal Insan menganjurkan program Paya Jaras Bermarhaban pada 19 Julai 2023, bertempat di Tapak Parkir Pasaraya
Econsave, Paya Jaras, Sungai Buloh yang bermula pada pukul 9.00 pagi hingga 1.00 tengahari.


Program ini dianjurkan bersempena sambutan Awal Muharram dengan menghimpunkan hampir 25 kumpulan-kumpulan Marhaban yang aktif di kawasan Paya Jaras, di samping, sebagai platform merapatkan silaturrahim
dalam kalangan masyarakat, khususnya wanita.

Program ini juga adalah pengiktirafan besar untuk golongan ibu yang selama ini memainkan peranan dalam membangunkan keluarga, komuniti mahupun sosio-ekonomi
tempatan.

Antara aktiviti-aktiviti dijalankan adalah Nasyid, Majlis Berzanji & Selawat, Majlis Berendoi Cukur Jambul, pertandingan Marhaban dan
diserikan lagi dengan persembahan kumpulan nasyid terkenal, Hijjaz.


Kerajaan Negeri sentiasa menyanjungi dan memandang tinggi jasa bakti wanita mahupun yang aktif terlibat dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatan dan kepimpinan dalam komuniti.

Sehubungan dengan itu, istimewanya program
ini turut menganugerahkan Tokoh Ibu & Kepimpinan kepada Puan Hajah Jamiliah binti Osman dan Anugerah Wanita Berdaya kepada Puan Rodziah binti Hassan atas jasa dan sumbangan mereka kepada keluarga dan
masyarakat tempatan serta pencapaian dalam keusahawanan, khususnya di Paya Jaras.


Semoga program ini diharapkan menjadi satu platform terbaik bagi Kerajaan Negeri untuk sentiasa mendekati masyarakat akar umbi, khususnya golongan hawa dan beliawanis, sekaligus, mengangkat peranan penting mereka dalam menyumbang kepada pembangunan komuniti tempatan dan
seterusnya, membawa manfaat dan signifikan kepada Negeri Selangor secara keseluruhannya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *