Kesan Pembinaan Rumah Berskala Tinggi yang terlalu banyak di Bayan Baru – Bayan Lepas, Pulau Pinang.
Hujan terlalu lebat dalam tempoh 2-3 jam telah menyebabkan banjir kilat telah berlaku di beberapa lokasi yang melibatkan jalan utama seperti Lebuhraya Dr Lim Chong Eu selain beberapa implikasi limpahan air beserta selut di beberapa kawasan termasuk Bukit Belah, Bayan Lepas.
Tidak dapat dinafikan beberapa petugas MBPP, JKR serta tindakan beberapa ADUN kawasan turun padang bagi membersihkan kawasan terlibat. Namun pembangunan perumahan berskala tinggi yang semakin meluas ini amat membimbangkan.
Bayangkan, jika hujan 2-3 jam telah mengakibatkan banjir kilat yang telah menyebabkan kesesakan lalulintas dipagi hari ketika orang sibuk untuk menghantar anak ke sekolah dan bergegas ke tempat kerja. Bagaimana jika hujan ini berpanjangan tanpa henti? Adakah kerajaan Pulau Pinang kini benar-benar belajar banjir teruk yang berlaku tahun 2017?
Melihat kepada persekitaran terkini sekitar Bayan Baru hingga ke Teluk Kumbar, semakin banyak perumahan berskala tinggi yang dibina secara serentak, sudah pasti akan menyebabkan pelbagai implikasi bakal berlaku.
Satu aliran sekitar Sungai Nibong terdapat 5-8 projek pembinaan yang berjalan serentak. Apakah infrastruktur jalan raya dapat menampung penambahan penduduk disekitar tersebut? Bagaimana dengan kadar penerimaan sekolah disitu, mampukah mereka menerima kehadiran anak-anak yang bakal menduduki perumahan tersebut.
Beralih sedikit ke kawasan tengah Bayan Baru, terdapat 5-7 pembinaan rumah berskala tinggi yang memungkinkan kesesakan jalan raya berlaku disamping kesan yang teruk ketika hujan lebat.
Di penghujung Bayan Lepas, tidak dapat dinafikan terlalu banyak rumah berskala tinggi termasuklah yang bakal dibina di kawasan Sg Tiram melebihi puluhan rumah tinggi sedia ada.
Sekiranya kerajaan Pulau Pinang sekadar memikirkan keuntungan pembangunan tanpa menitik beratkan kesan melibatkan ketidaksediaan infrastruktur, isu sosial, kesan alam semulajadi dan pelbagai faktor luar jangka.
khuatir, kesan banjir teruk yang pernah berlaku pada tahun 2017 bakal merebak di kawasan Bayan Baru – Bayan Lepas.
Perancangan yang jelas dengan menghadkan pembinaan skala tinggi terus berlaku disamping memastikan infrastruktur perparitan dan jalan raya sentiasa dalam keadaan bersedia walaupun dalam keadaan cuaca yang tidak baik, mampu mengubah keadaan luar jangka.
Kerajaan Pulau Pinang perlu lebih bertanggungjawab dalam soal ini.