Ketua Pesuruhjaya SPRM Baharu Digesa Siasat ‘Mafia Korporat’, Bentang Pelan Reformasi

PUTRAJAYA – Pelantikan Datuk Seri Abdul Halim Aman sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu disifatkan sebagai peluang penting untuk melaksanakan reformasi menyeluruh dalam agensi itu.
Menteri Digital merangkap Pengerusi Kebangsaan DAP, Gobind Singh Deo berkata, Ketua Pesuruhjaya baharu perlu segera menggariskan visi serta pelan reformasi yang jelas bagi memastikan kebebasan SPRM terus diperkukuh dan salah guna kuasa dapat dicegah.


Beliau turut menggesa supaya dakwaan berkaitan “mafia korporat” membabitkan pegawai tertentu dalam SPRM disiasat secara telus tanpa rasa takut atau pilih kasih.


Menurutnya, isu kontroversi pegangan saham melibatkan bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki juga perlu diselesaikan segera bagi memulihkan keyakinan rakyat terhadap institusi tersebut.

Gobind berkata, langkah awal kepimpinan baharu SPRM amat penting dalam menentukan hala tuju reformasi institusi itu selain memberi isyarat bahawa usaha memperkukuh integriti dan akauntabiliti sedang dilaksanakan secara serius.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *