KKMM terbit buku rujukan lambang-lambang kebesaran negara dan kad laporan setahun

  • March 18, 2021
  • 2 min read
KKMM terbit buku rujukan lambang-lambang kebesaran negara dan kad laporan setahun

Putrajaya – Penerbitan buku Menghormati Lambang-lambang Kebesaran Negara merupakan inisiatif Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) melalui Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen).

Hasil daripada keputusan Mesyuarat Kabinet pada 1 Julai 2020, ekoran beberapa insiden penyalahgunaan lambang-lambang kebesaran oleh sekumpulan individu yang tidak bertanggungjawab sehingga tular di dalam media sosial.

Buku setebal 60 muka surat ini merupakan bahan ilmiah dan sebagai sumber rujukan berkenaan sejarah, falsafah dan nilai setiap lambang-lambang kebesaran negara iaitu Jata Negara, Bendera Malaysia: Jalur Gemilang, Alat-alat Kebesaran Diraja serta Potret Rasmi.

Seterusnya meningkatkan pengetahuan, pemahaman serta semangat cintakan negara dalam kalangan rakyat Malaysia.

Matlamat baharu Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) iaitu ‘memacu kecendekiaan dalam masyarakat’, sehubungan itu, KKMM telah menerbitkan Kad Laporan Setahun Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia bagi tempoh Mac 2020 hingga Mac 2021.

KKMM telah memainkan peranan instrumental dalam penggubalan beberapa dasar baharu antaranya ialah MyDigital, pembangunan industri kreatif, ekonomi gig sebagai sektor ekonomi formal.

Justeru, KKMM juga telah mengetengahkan realiti semasa dua bentuk komuniti iaitu ‘Komuniti Fizikal’ dan ‘Komuniti Digital’.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, YB Dato’ Saifuddin Abdullah berkata, tugas penerangan dan penyiaran mengutamakan pelaksanaan pelan-pelan komunikasi tentang pembudayaan norma baharu dan memerangi penularan COVID-19, proklamasi darurat dan vaksin COVID-19.

“Lima prestasi utama KKMM adalah pelaksanaan Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA), keselamatan siber negara terus diperkukuhkan, peningkatan kegiatan ekonomi digital dalam kalangan masyarakat, pelaksanaan Pakej Rangsangan Industri Kreatif Malaysia (PRISMA) bagi kelangsungan pemain dan penggiat industri kreatif dan memartabatkan industri nasyid negara melalui penganjuran Anugerah Nasyid Malaysia (ANAM) 2020.

Pelancaran buku Menghormati Lambang-lambang Kebesaran Negara dan Kad Laporan Setahun Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia Mac 2020- Mac 2021 oleh YB Dato’ Saifuddin Abdullah di Ibu pejabat KKMM, Putrajaya, semalam.

Pelancaran telah disiarkan melalui Facebook live turut dihadiri secara telesidang oleh rakan-rakan strategik Kementerian, Jabatan dan agensi serta Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).

Kedua-dua buku ini juga diterbitkan dalam bentuk digital dan boleh diakses di laman web KKMM iaitu www.kkmm.gov.my dan Jabatan Penerangan Malaysia iaitu www.penerangan.gov.my.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *