Tuesday, 10 November 2026BERITA · PERSPEKTIF · KOMUNITI
TERKINI
Kembara Al-Haramain 2027 Bawa Misi Pengukuhan Iman ke Mekah, Madinah dan QatarDecathlon Merdeka 118 Tawar Pengalaman Baharu, Himpunkan Lebih 60 Jenis Sukan Di Bawah Satu BumbungPemimpin global bersidang perkasakan perniagaan di World Marketing Summit Malaysia 20262000 kotak pemberian Barangan Deepavali inisiatif khas buat penduduk Parlimen Ampang.

Portal Inspirasi Rakyat Malaysia

RUANG IKLAN · 728 × 90

KOHIJRAH Dilantik Operator PJRM, Perkasa Ekonomi Desa & Advokasi Pengguna di Selangor

Selangor – Koperasi Warga Hijrah Selangor Berhad (KOHIJRAH) dilantik sebagai operator Program Jualan Rahmah MADANI (PJRM) dalam satu majlis penyampaian bakul makanan dan serahan surat kerjasama yang berlangsung baru-baru ini.


PJRM merupakan inisiatif di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) yang bertujuan memasarkan hasil pertanian penduduk kampung terus kepada pengguna. Melalui kerjasama strategik ini, KOHIJRAH berperanan sebagai perantara bagi mengumpul dan memasarkan hasil pertanian desa di platform PJRM, sekali gus memastikan petani memperoleh nilai lebih adil serta merancakkan ekonomi setempat.


Majlis tersebut turut disaksikan Menteri KPDN, Yang Berhormat Datuk Armizan Mohd Ali, sebagai tanda komitmen berterusan dalam menjayakan agenda kepenggunaan dan kesejahteraan rakyat.
Dalam perkembangan sama, Kerajaan Negeri melalui Standco Pengguna terus memperkukuh peranan Skuad Kita Pengguna (SKiP) dan Skuad Sehati sebagai ejen penerangan di 22 Parlimen seluruh Selangor.

Program Advokasi Pengguna yang digerakkan bersama KPDN Negeri Selangor itu memberi fokus kepada pendidikan hak pengguna serta kesedaran terhadap ancaman penipuan siber.


Tahun lalu, program pendidikan pengguna berjaya dilaksanakan di kesemua 22 Parlimen bagi memastikan rakyat lebih peka dan tidak mudah terjebak dengan taktik scammer yang semakin berleluasa.

KitaSelangor #RumpunSelangor #SungaiAirtawarDihatiku

Komen (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *