KOPERASI DIGALAK REBUT PELUANG PELABURAN EMAS

  • May 31, 2023
  • 2 min read
KOPERASI DIGALAK REBUT PELUANG PELABURAN EMAS

Sektor koperasi digalakkan untuk meneroka peluang pelaburan emas khususnya yang patuh syariah dalam usaha meningkatkan lagi peluang menjana perolehan koperasi. Pelaburan emas dapat membantu mengurangkan pelbagai risiko khususnya ketidaktentuan mata wang.

Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah berkata demikian sewaktu mengadakan lawatan ke Quantum Metal Sdn Bhd di George Town, Pulau Pinang pada 29 Mei 2023.

Lawatan tersebut adalah bertujuan meninjau ibu pejabat Quantum Metal Sdn. Bhd. bagi membincangkan tentang pelan dan strategi perniagaan untuk meningkatkan pelaburan serta perdagangan menerusi penggunaan emas sebagai aset dalam kalangan koperasi.

Beliau juga yakin penglibatan koperasi dalam pelaburan emas bukan sahaja berpotensi menjana keuntungan yang baik malah perniagaan itu juga dikenal pasti dapat memacu kegiatan ekonomi dalam berkoperasi untuk manfaat anggota keseluruhannya.

ACO Gold Sdn Bhd telah ditubuhkan hasil usahasama MyAngkasa Holding Sdn Bhd. dan ASEAN Cooperative Organization (ACO). Fungsi ACO Gold adalah untuk meningkatkan perdagangan dan transaksi antara koperasi di negara-negara ASEAN melalui perdagangan emas. 

Presiden Angkasa, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah berkata, ANGKASA sebagai badan apeks gerakan koperasi negara yang diiktiraf oleh kerajaan sentiasa melaksanakan inisiatif bagi mewujudkan bidang baharu untuk diceburi oleh koperasi.

Quantum Metal Sdn Bhd telah melancarkan mesin pengeluaran emas bagi membolehkan pengguna membeli jongkong emas fizikal dengan mudah di 3 cawangan Quantum Metal iaitu di Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Johor Baharu.

Pengerusi Eksekutif Quantum Metal Sdn Bhd, Dato Lim Khong Soon menggalakkan orang ramai khususnya ahli koperasi menyimpan emas fizikal untuk pelaburan jangka masa panjang. Menyimpan emas fizikal adalah cara terbaik untuk melindung pelaburan dari nilai inflasi.

Katanya, “Memandangkan keadaan ekonomi semasa di Malaysia yang tidak menentu, kita harus mempertimbangkan untuk menyimpan emas fizikal bagi melindungi aset dan pelaburan yang sedia ada. Mesin pengeluaran emas Quantum Metal membolehkan pengguna membeli jongkong emas fizikal dengan ketulenan 999.9 dengan mudah.

Quantum Metal Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat pengimport dan pembekal emas di Malaysia khasnya dan negara-negara ASEAN amnya. Selain mengedar emas London Bullion Market Association (LBMA) di Malaysia, syarikat ini juga menyediakan produk emas premium 99.9% ke pasaran termasuk badan kerajaan, bank, institusi kewangan, pemborong dan peniaga emas individu.

Hadir sama dalam lawatan tersebut ialah Pengerusi Eksekutif Quamtum Metal, Dato Lim Khong Soon. Pengarah ACO Gold, Haji Kamari Zaman Juhari, Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA (JPAN) Negeri Pulau Pinang, Haji Azmi Ismail dan Ketua Pegawai Operasi ACO Gold, Encik Siang Lim Seh Wan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *