KPDNHEP menyambut baik kelonggaran Sop dan komited untuk bersama-sama memastikan premis perniagaan beroperasi dengan lancar dan selamat

  • April 30, 2022
  • 2 min read
KPDNHEP menyambut baik kelonggaran Sop dan komited untuk bersama-sama memastikan premis perniagaan beroperasi dengan lancar dan selamat

PUTRAJAYA, 30 April 2022 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri
dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menyambut baik kenyataan YB
Khairy Jamaluddin, Menteri Kesihatan Malaysia berhubung
kelonggaran Prosedur Operasi Standard (SOP) bermula 1 Mei 2022 di
mana, semua individu dibenarkan memasuki ke mana-mana premis tanpa
mengira status vaksinasi KECUALI mereka yang disahkan positif jangkitan
COVID-19 dan individu yang diberikan arahan Perintah Pengawasan dan
Pemantauan (HSO).

  1. Ini bermakna, di bawah fasa peralihan endemik ini Kerajaan memberi
    lebih banyak kelonggaran kepada pihak industri peruncitan dan pengguna
    dalam memastikan industri ini “kembali bernafas”, sejak hampir dua (2)
    tahun yang lalu kita mengalami masa yang sangat mencabar akibat
    daripada pandemik ini.
  2. Seperti yang kita sedia maklum, sumbangan sektor peruncitan ini
    adalah sangat signifikan kepada pemulihan ekonomi negara. Berdasarkan
    statistik Jabatan Perangkaan Malaysia yang terkini, prestasi Sektor
    Perdagangan dan Pengedaran bagi bulan Februari 2022 telah

merekodkan nilai jualan berjumlah RM48.8 billion iaitu pertumbuhan
sebanyak 10.2% berbanding tahun sebelumnya. Dengan kelonggaran
yang diumumkan ini, pencapaian ini dijangka dapat dipertingkatkan lagi
dengan kerjasama semua pihak khususnya tanggungjawab pemain industri
peruncitan dan rakyat Malaysia dalam memastikan ekosistem perniagaan
selamat daripada penularan jangkitan COVID-19.

  1. Ini juga secara langsung menyokong usaha pemulihan ekonomi yang
    sedang diusahakan oleh KPDNHEP melalui pelbagai inisiatif di bawah
    sektor perdagangan pengedaran termasuklah sektor peruncitan dengan
    berteraskan konsep 3R iaitu Recovery (pemulihan), Revive
    (menghidupkan semula) dan Revitalise (merancakkan) yang dijangka
    dapat menyumbang kepada sasaran nilai jualan sebanyak RM500 billion
    menjelang akhir tahun ini.
  2. Selari dengan pengumuman tersebut juga, Kementerian komited
    untuk mengerakkan Pegawai Penguat Kuasa di seluruh negara bagi
    menjalankan semakan secara rawak dan sekiranya didapati status pekerja
    atau pengunjung berkenaan berisiko tinggi, tindakan penguatkuasaan boleh
    dikenakan ke atas pengunjung tersebut di bawah Akta Pencegahan Dan
    Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) kerana gagal mematuhi
    peraturan yang ditetapkan. Justeru, Kementerian menyarankan supaya
    semua pihak dapat bersatu hati dalam bersama-sama memastikan fasa
    peralihan endemik ini berjalan lancar dalam memastikan kesejahteraan
    rakyat sentiasa dipelihara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *