Tindakan tegas terhadap salah guna Beacon Light / Strobe Light

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia ingin menegaskan bahawa
mana-mana kenderaan yang didapati telah melakukan pengubah suaian dengan
memasang Beacon / Strobe Light tanpa kebenaran daripada Jabatan
Pengangkutan Jalan (JPJ), secara jelas telah melakukan kesalahan di bawah
Kaedah 9, Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 dan Peraturan 138
Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 170/59, dan boleh diambil tindakan tegas di
bawah Akta 333, JPJ.

Ini adalah kerana hanya kenderaan-kenderaan yang terlibat dengan tugasan
kecemasan seperti ambulans, kereta bomba, kenderaan kastam, kenderaan
polis, kenderaan penjara dan kenderaan JPJ sahaja, yang dibenarkan untuk
mendapat hak laluan kenderaan lain di jalan raya dengan cara menyalakan
lampu strobe light dan membunyikan siren serta hon dua-nada, dengan syarat
pemandu kenderaan itu tidak memandu secara merbahaya, cuai atau tidak
bertimbang rasa.
Ini adalah kerana, pihak JPJ telah menerima aduan orang awam melalui
aplikasi perkongsian video, TikTok berhubung penggunaan Beacon / Strobe Light
yang telah dimuat naik, oleh pemilik akaun @10langit_biru10 berdurasi 16 saat
itu, mengenai sebuah kenderaan Toyota Vellfire yang menggunakan Strobe Light
dan bertindak membunyikan hon yang telah mengakibatkan pengguna-pengguna
jalan raya yang lain terpaksa memberikan laluan kepada kenderaan tersebut.
Pihak Jabatan telah pun mengenal pasti pemilik kepada kenderaan
tersebut dan tindakan penguatkuasaan akan segera diambil.