DBKL TIDAK MELINDUNGI KEPADA MEREKA YANG MELAKUKAN KESALAHAN

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) merujuk kepada berita yang tular
di media sosial mengenai kenyataan satu pihak mendakwa mempunyai
hubungan baik dengan DBKL.
Ingin ditegaskan bahawa DBKL tidak melindungi mana-mana pihak sama
ada secara individu, kumpulan atau organisasi sekiranya terdapat
kesalahan yang dilakukan oleh pihak terbabit.
Sehubungan dengan itu, dakwaan pihak berkenaan mempunyai
hubungan baik degan DBKL dan dilindungi oleh DBKL daripada sebarang
kesalahan adalah tidak benar.
Unit Media
Jabatan Perancangan Korporat
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
31 Januari 2024
e-mel:akhbar@dbkl.gov.my