Tuesday, 10 November 2026BERITA · PERSPEKTIF · KOMUNITI
TERKINI
Kembara Al-Haramain 2027 Bawa Misi Pengukuhan Iman ke Mekah, Madinah dan QatarDecathlon Merdeka 118 Tawar Pengalaman Baharu, Himpunkan Lebih 60 Jenis Sukan Di Bawah Satu BumbungPemimpin global bersidang perkasakan perniagaan di World Marketing Summit Malaysia 20262000 kotak pemberian Barangan Deepavali inisiatif khas buat penduduk Parlimen Ampang.

Portal Inspirasi Rakyat Malaysia

RUANG IKLAN · 728 × 90

Lebih 50 akaun dikenal pasti sebar naratif provokasi — Fahmi Fadzil

Putrajaya — Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) setakat jam 10 pagi tadi telah mengesan lebih 40 akaun di Facebook serta hampir 10 akaun di TikTok yang memuat naik video dengan naratif dan susunan ayat yang hampir serupa.

Menurut Fahmi, siasatan lanjut sedang diteruskan dan pihak berkuasa tidak akan bertolak ansur terhadap mana-mana individu atau kumpulan yang cuba mengeksploitasi isu berkenaan sehingga mencetuskan ketegangan antara kaum.

Beliau menegaskan bahawa sebarang usaha membakar sentimen perkauman tidak akan dilayan, dan tindakan tegas akan diambil mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.

Kenyataan itu dibuat dalam sidang media mingguan di Putrajaya pada Jumaat.

Terdahulu, tular rakaman video berdurasi 16 saat memaparkan sebuah kenderaan pacuan empat roda melanggar motosikal, selain turut tersebar imej disertakan kapsyen mendakwa wujud ugutan.

Susulan itu, Ketua Polis Selangor, Shazeli Kahar, mengesahkan kejadian berkenaan tidak mempunyai kaitan dengan unsur gangsterisme atau isu perkauman.

Sebaliknya, siasatan awal mendapati insiden tersebut berpunca daripada pertikaian peribadi berkaitan isu tanah serta penggunaan laluan lori di kawasan berkenaan.

Komen (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *