MAJLIS MENANDATANGANI LETTER OF INTENT (LOI) DANNOTE OF COLLABORATION (NOC) BERSAMA INDUSTRI KOLEJ KOMUNITI REMBAU 2024
PEDAS, 08 Oktober 2024 – Kolej Komuniti Rembau (KKRB) meneroka peluang
industri fesyen hari ini melancarkan jalinan kerjasama dengan industri dan agensi
sekolah menerusi majlis menandatangani Surat Hasrat (Letter of Intent) dan Nota
Kolaborasi (Note of Collaboration) bertempat di Kolej Komuniti Rembau.
Majlis ini telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Ts. Mustapha Sakmud,
Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, dan disaksikan oleh Yang Berhormat Dato’
Haji Zaiful Bahri bin Idris, Dewan Undangan Negeri, Chembong selaku Pengerusi
Jawatankuasa Penasihat Kolej Komuniti Rembau, Dr. Riam A/P Chau Mai,
Pengarah Bahagian Kolaborasi Industri dan Komuniti, Ts Dr Syahrizad bin Elias,
Timbalan Pengarah Perancangan Program dan Institusi, Jabatan Pendidikan
Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) serta Encik Kamarul Arifin bin Suhara
Apandi, Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Industri Kolej Komuniti Rembau.
Manakala pihak Kolej Komuniti Rembau (KKRB) pula, diwakili oleh Pengarah
Kolej Komuniti Rembau, Puan Merhayati binti Sipon. Pelbagai pengisian menarik telah dilaksanakan sempena majlis ini, antaranya
pameran hasil kreatif karya pelajar sijil Fesyen dan Pakaian dan produk inovasi
pelajar Sijil Agroteknologi KKRB. Lebih menarik lagi, YB Datuk Ts. Mustapha
Sakmud berkesempatan melawat makmal kultur tisu KKRB, yang berperanan
menghasilkan anak pokok pisang daripada kaedah kultur tisu.
Turut diselitkan majlis perasmian penubuhan Industry on Campus (IoC) KKRB yang bertujuan
memberikan pengalaman industri sebenar sebagai salah satu proses Pengajaran
dan Pembelajaran (PdP) pelajar.
Matlamat utama jalinan kerjasama adalah untuk memperkukuhkan hubungan
antara institusi dengan pihak industri dan agensi. Memetik kenyataan YB Datuk
Ts. Mustapha Sakmud dalam ucapan perasmian beliau, menyatakan Rakan Strategik adalah merupakan salah satu daripada 3 Pemegang Taruh dalam Pelan
Tindakan Strategik KPT 2023-2025. Sejajar dengan itu, bagi mencapai matlamat
tersebut, saya amat berbesar hati dengan kerjasama rakan strategik kita pada hari
ini.
Antara jaringan kerjasama yang dijalankan antara pihak KKRB adalah sebagai
penubuhan IoC iaitu Industry On Campus, Jawatankuasa Penasihat Industri,
sangkutan latihan industri secara berstruktur pelajar Sijil Fesyen dan Pakaian dan
Penasihat Kurikulum bagi program Sijil Fesyen dan Pakaian Kolej Komuniti.
Tambahan pula, bersempena dengan jalinan kerjasama bersama lima sekolah
Daerah Rembau, KKRB yakin kursus Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH)
dapat diperluaskan sekaligus berupaya mencapai objektif penubuhan Kolej
Komuniti iaitu sebagai institusi yang menyediakan kursus kemahiran. Inisiatif PSH
di bawah JPPKK menjadi pelonjak serta pemangkin kesejahteraan secara tidak
langsung mampu menaik taraf kehidupan masyarakat serta komuniti setempat.
Adalah menjadi harapan KKRB, dengan jalinan kolaborasi strategik ini, pelbagai
manfaat dapat diperolehi bersama dalam menghasilkan pelajar yang holistik
seperti di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Melalui
kolaborasi ini, kedua-dua pihak akan menerajui program berkaitan pemadanan
kerja graduan yang bersesuaian dengan kelayakan, penyediaan syarikat untuk
latihan industri dan sebagainya. Semoga dengan kerjasama erat ini, KKRB akan
terus menghasilkan generasi pelapis yang menjadi tunjang kepada industri dan
meletakkan KKRB sebagai institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan
Vokasional (TVET) yang terkemuka. .