MAKLUMBALAS ANDA DIHARGAI, PENGUKUHAN CIRI KESELAMATAN TAMBAHAN APLIKASI MyJPJ DAN PORTAL AWAM JPJ
Susulan pengenalan Lesen Kenderaan Motor Digital (e-LKM atau digital
roadtax) dan Lesen Memandu Malaysia Digital (e-LMM) yang dipaparkan
melalui Aplikasi MyJPJ dan Portal Awam JPJ mulai 10 Februari 2023, pelbagai maklumbalas telah diterima daripada orang ramai terutamanya
mengenai penggunaan Aplikasi MyJPJ dan Portal Awam JPJ. Pandangan dan kritikan dari media sosial dan rakan-rakan media amat
dihargai untuk membantu penambahbaikan dan pengukuhan user interface
pada Aplikasi MyJPJ dan Portal Awam JPJ. Selaras dengan perkembangan ini, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
telah melaksanakan langkah-langkah berikut bagi menambahbaik ciri-ciri
keselamatan dan mesra pengguna:
- Memperkenalkan sekuriti peringkat ke-3 menggunakan 8 aksara
terakhir yang tertera di belakang lesen memandu untuk pendaftaran
JPJeID secara dalam talian. (Tambahan kepada 2 peringkat sekuriti
sedia ada iaitu “kata laluan” dan “kod TAC”).
- Menambah fungsi bagi mendapatkan semula akaun pengguna melalui
8 aksara terakhir lesen memandu. Ini adalah penyelesaian kepada isu
“telah mendaftar” disebabkan pengguna sebelum ini mempunyai
akaun di portal rakan strategik JPJ yang berintegrasi dengan sistem
JPJ. 3. Menambah fungsi Penetapan Semula Emel bagi pengguna yang
terlupa emel yang digunakan atau perlu mengemaskini emel secara
dalam talian dengan tambahan 8 aksara lesen memandu. Penambahbaikan ciri-ciri keselamatan ini dapat diakses oleh pengguna
secara berperingkat mengikut Operating System telefon (Android, IOS dan
Huawei) mulai 15 Februari 2023. Dalam hal ini, Kementerian Pengangkutan juga sentiasa bekerjasama
dengan Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) bagi memastikan
aspek keselamatan siber Aplikasi MyJPJ terjamin. Sebarang pertanyaan boleh disalurkan ke emel infodigital@jpj.gov.my atau
menghubungi talian hotline JPJ iaitu 03-27242522.