Teedo Hotel Tawar Harga ‘Mesra Bajet’ Taraf 5 Star, Tengah Bandar View Menara Merdeka 118 lagi!
Kuala Lumpur, 26 Oktober 2024 – Teedo Hospitality hari ini telah mengadakan satu Pra-Pelancaran hotel TEEDO yang akan memulakan operasi pada pertengahan bulan November ini di tengah bandar Kuala Lumpur.
Hotel TEEDO ini terletak di bangunan Pudu Sentral, yang menawarkan gabungan ideal lokasi yang strategik, keselesaan dan kebersihan 168 bilik tidur.
Hotel ini sesuai untuk pelancong tempatan dan luar negara yang mencari penginapan yang ‘mesra bajet’ di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur.
Para tetamu hotel TEEDO juga, boleh menikmati pemandangan menakjubkan iaitu, Menara Merdeka 118 yang ikonik dan kedua tertinggi di dunia dari 84 bilik.
Selain itu, di tingkat 15 hotel TEEDO ini, iaitu dimana majlis ini berlangsung, dewan ini boleh memuatkan antara 200 sehingga 250 tetamu, menjadikannya hotel TEEDO ini ideal untuk Persidangan berskala kecil atau mesyuarat bagi syarikat yang mempunyai bajet yang sederhana dan bersesuaian.
Apa yang membezakan hotel TEEDO ini adalah lokasi utamanya di pusat bandar Kuala Lumpur yang amat strategik. Dari lokasi hotel TEEDO dengan jarak 500 meter, tetamu atau pengunjung boleh menerokai tarikan popular seperti pasar Jalan Petaling atau Petaling
Street yang meriah dan terkenal dengan syurga makanan,cenderamata dan pengalaman kebudayaan.
Dari hotel TEEDO juga, tetamu atau pengunjung boleh berjalan kaki selama 10 minit ke Bukit Bintang dan beberapa tempat yang ikonik disekitar hotel TEEDO.
Dengan kadar yang berpatutan, lokasi yang strategik dan suasana yang meriah disekitar hotel TEEDO, ianya pasti pilihan yang sangat menarik.
Ini pastinya satu pengalaman penginapan yang tidak dapat dilupakan. Setiap bilik di hotel TEEDO ini,
dilengkapi dengan keperluan moden seperti Wi-Fi berkelajuan tinggi secara percuma, TV skrin rata dan penyaman udara, yang pastinya memberikan tetamu hotel TEEDO merasai pengalaman yang selesa dan berbaloi.
Selain daripada keperluan kemudahan penginapan yang selesa, lobi hotel Teedo juga meriah dengan “Fun Comer”, yang menempatkan meja snuker dan ruang santai buat tetamu hotel TEEDO.
Lobi hotel TEEDO juga menempatkan satu Kedai Serbaneka, NGAPI AI (Artificial Intelligent) Unmanned Convenient Store, yang menjual snek,
minuman dan keperluan asas harian. Di Tingkat 15 hotel TEEDO ada juga sebuah dewan yang boleh memuatkan sehingga 200-250 tetamu, menjadikannya hotel TEEDO ini ideal untuk persidangan berskala kecil atau mesyuarat bagi syarikat yang mempunyai bajet yang sederhara dan bersesuaian.
Apa yang membezakan hotel TEEDO ini ialah lokasi utamanya di pusat bandar Kuala Lumpur.
Dari lokasi hotel TEEDO dengan jarak 500 meter, tetamu atau pengunjung boleh menerokai tarikan popular seperti pasar Jalan Petaling yang meriah dan terkenal dengan syurga makanan, cenderamata dan pengalaman kebudayaan.
Dari hotel TEEDO juga, tetamu atau pengunjung boleh berjalan kaki selama 10 minit ke Bukit Bintang dan beberapa tempat yang ikonik disekitar hotel TEEDO.
Dengan kadar yang berpatutan, lokasi yang strategik dan suasana yang meriah di sekitar hotel TEEDO, ianya pasti pilihan yang sangat tepat untuk pengembara yang ingin menikmati pengalaman Kuala Lumpur sepenuhnya dengan keselesaan yang ditawarkan di hotel TEEDO.
Bagi sebarang tempahan dan pertanyaan, sila hubungi +603 2022 2277 atau emel di
naktanya@teedo.com.my. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Hotel TEEDO,
layari laman web rasmi, https://www.teedo.com.my, atau media sosial kami, Instagram,
http://instagram.com/teedohotel dan Tiktok, http://www.tiktok.com/@teedohotel