Teater Klasik Pengembaraan Panglima Awang Berlangsung di Dewan Bahasa dan Pustaka
Baru-baru ini UTV sempat menonton Teater klasik yang menyingkap kisah Awang, seorang wira Melayu yang jarang didendangkan dalam sejarah Melayu, Namun kini masyarakat umumnya semakin mengenali tokoh pahlawan ini apabila ada beberapa pihak yang sedang mengetengahkan sama ada dalam bentuk teater mahupun bangsawan.
Cerita ini bermula ketika era kejatuhan Melaka pada tahun 1511 akibat penjajahan Portugis. Pemberontakan demi pemberontakan secara gerila telah dirancang oleh Panglima Awang bersama sahabat-sahabatnya untuk menentang penjajah durjana sehingga beliau akhirnya tertangkap oleh Portugis.
Teater ini juga mengisahkan perjalanan Awang hingga ke Portugal dan pengembaraannya mengelilingi dunia secara tidak langsung. Penonton dibawa menjelajah melihat sendiri bagaimana scene pihak Portugal berbincang terutamanya babak keterujaan dan ketakutan mereka jika bangsa Melayu bersatu menentang mereka.
Kisah epik pelayaran Enrique de Malacca atau Panglima Awang, yang dikatakan manusia pertama mengelilingi dunia itu merupakan seorang keturunan Melayu yang turut serta dalam misi pelayaran Ferdinand Magellan.
Menurut pengarah teater, Hazzley Abu Bakar, persembahan itu membawa penonton menulusuri liku-liku figura hebat tersebut pada zaman penjajahan Portugis di Melaka.
“Idea asal oleh Prof Datuk Dr Wan Hashim Wan Teh dan skrip ditulis Anwar Mohd Zulkifli, teater itu merupakan adaptasi daripada novel fiksyen Panglima Awang, karya Harun Aminurrashid (1958).
Saya sebenarnya jarang menonton teater jadi mungkin pandangan setiap individu berbeza. Apalagi jika dikaji banyak versi Panglima Awang yang kita ketahui. Ada negara lain seperti Filipina dan Indonesia ‘Claim’ bahawa Awang adalah kisah dari negara mereka.
Di bawah arahan Hazley Abu Bakar, penerbit Razali, dan penulis Anwar Pisang. Orang lama yang sudah lama bergelumang dalam dunia teater. Sudah masak dengan citarasa penonton dan tahu apa yang ingin disampaikan.
Saya biasanya menonton teater di Istana Budaya jadi kelengkapan peralatan teknikal mereka memang tidak dapat dinafikan kehebatanya. Namun penonton patut menilai dari segi lakonan atau lain-lain.
Tahniah kepada pelakon yang dibintangi oleh pelakon hebat seperti Ain Suffia, Md Hussain, Ika Angah Lj, dan Dean Sitara. Walaupun dengarnya bajet sedikit namun demi memartabatkan seni teater dan kecintaan terhadap teater klasik peranan masing-masing dibawa dengan kesungguhan luar biasa. – Penulis