Malaysia Cat Groomer Association anjur kursus kesedaran undang-undang haiwan peliharaan

  • May 3, 2024
  • 2 min read
Malaysia Cat Groomer Association anjur kursus kesedaran undang-undang haiwan peliharaan

BALAKONG: Baru-baru ini, Malaysia Cat Groomer Association (MCGA) telah mengadakan satu kursus kesedaran perundangan melibatkan haiwan peliharaan kepada penggiat industri tanah air pada 29 dan 30 April 2024 bertempat di Dewan Ace, Amerin Mall, Balakong.

Program yang mendapat sambutan menggalakkan ini dihadiri seramai 35 orang peserta dari seluruh negeri.

Temubual bersama Presiden MCGA, Puan Noor Zainal berkata, program ini melibatkan 7 modul secara keseluruhan yang berkaitan tentang penjagaan dan kefahaman tentang haiwan peliharaan.

Antara modulnya adalah Akta Kebajikan Haiwan 2015, Akta Perhilitan 2010 dan Akta Kehidupan Liar serta cara dandanan kucing.

Menurutnya, selama 2 hari program, isu tersebut adalah antara yang mendapat perhatian dan seringkali ditanyakan oleh peserta berkaitan dandanan kucing.

“Ini kerana belum ada lagi akta berkaitan dandanan haiwan peliharaan di Malaysia, jadi isu seperti ini harus dikembangkan lagi untuk memberi kesedaran kepada orang ramai,” katanya.

Jelasnya, perlu ada satu akta yang melindungi pihak pemilik kucing dalam melindungi kucing mereka, pada masa yang sama dapat melindungi pendandan.

Naib Presiden, Mazlan bin Chik Rus berkata, program sebegini amat berguna kerana kita dapat belajar banyak ilmu baru mengenai tajuk-tajuk berkaitan yang dekat dengan pemilik kedai dan pemilik haiwan peliharaan.

“Sebagai contoh Akta Kebajikan Haiwan, saya sekarang baru tahu apakah intipati dalam akta tersebut, ada sesetengah perkara kita rasa macam kita tahu, tapi bila datang program ini sebenarnya kita akan tahu lebih menyeluruh.

“Berkaitan kesedaran orang ramai tentang undang-undang, CGMA memainkan peranan untuk memberikan ilmu atau educate kepada semua.

Sebagai contoh, dalam pemandulan kucing, ada yang tidak tahu apakah halal atau haram, sebenarnya di haruskan, jika tidak terkawal akan memudaratkan kita juga.

Peserta, Puan Wan Hida berkata, selama dua hari ini, saya dapat ilmu mengenai ciri-ciri kesakitan pada kucing itu. Jadi, kita dapat ‘detect’ awal jika kucing kita sakit, saya dapat tahu perkara ini dari Jabatan Veterinar dari UPM, dan kita juga dapat tahu mengenai akta-akta melalui kursus ini. Akta ini, kita boleh melindungi ‘groomers’ atau pun ‘owner’.

“Saya sangat ‘recommend’ kepada semua untuk sertai dan dapatkan ilmu disini, sebenarnya kursus seperti ini diluar banyak, jadi anda semua harus mencari ilmu supaya kita dapatkan praktikan kepada haiwan kesayangan kita,” katanya. – UTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *