Pelantikan tetuan Bossque Skyline bagi menjalankan kerja-kerja penggantian Eskalator di Jejantas Stesen Lrt Taman Sri Rampai
Kuala Lumpur, 16 Jun 2022 – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ingin merujuk mengenai pelantikan Tetuan Bossque Skyline Sdn Bhd sebagai kontraktor yang menjalankan kerja-kerja penggantian satu unit eskalator dan peralatan berkaitan di jejantas stesen LRT Taman Sri Rampai. Satu tawaran sebut harga terbuka kepada kontraktor bumiputera oleh DBKL bagi melaksanakan kerja-kerja tersebut telah dibuka pada 2 April 2022 dan ditutup pada 15 April 2022.
Selepas tempoh tawaran sebut harga ditutup, DBKL telah melakukan penilaian terhadap petender yang mengambil bahagian. Tetuan Bossque Skyline Sdn Bhd melepasi semua peringkat penilaian yang dilaksanakan oleh Jawatankuasa Penilaian Tawaran. Syarikat ini dipilih berdasarkan tawaran harga yang munasabah dan kedudukan kewangan yang mencukupi melalui Mesyuarat Jawatankuasa Sebut Harga.
Syarikat tersebut mempunyai Sijil Perolehan Kerja Kerajaan daripada pihak CIDB yang diakui oleh Kementerian Pembangunan Usahawan.
Syarikat tersebut juga mempunyai sijil akuan Kementerian Kewangan Malaysia di bawah kod bidang yang bersesuaian bagi melaksanakan kerja-kerja yang telah ditawarkan ini.
Syarikat tersebut turut mempunyai Sijil Kontraktor Kerja Taraf Bumiputera bagi gred G2 kategori B (Pembinaan Bangunan), gred G2 kategori CE (Pembinaan Kejuruteraan Awam) dan gred G2 (Mekanikal dan Elektrikal) 1 | M u k a s u r a tyang membolehkan syarikat tersebut menjalankan kerja-kerja seumpama ini.