MENARA KOMUNIKASI DI KAMPUNG PARIT SHAFIE, MUAR, JOHOR TELAH DIBAIK PULIH
Susulan aduan mengenai masalah liputan komunikasi daripada penduduk Kampung Parit Shafie, Muar yang turut dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Muar, YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, MCMC telah menyantuni penduduk setempat pada 28 Ogos lalu bagi memaklumkan mengenai keadaan menara komunikasi yang rosak akibat disambar petir.Berikutan kejadian itu, tiga (3) buah kampung iaitu Kampung Parit Shafie, Kampung Paya Lebar dan Kampung Parit Salman membabitkan hampir 150 buah rumah, telah terputus hubungan komunikasi.
Gambar 1: Menara komunikasi yang mengalami masalah di Kampung Parit Shafie, Muar.Gambar 2: Sesi menyantuni pengadu di PEDI Kampung Paya Lebar bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung aduan yang dikemukakan.Gambar 3: Sesi taklimat bersama wakil penduduk Kampung Parit Shafie.MCMC telah menghubungi pihak penyedia perkhidmatan yang bertanggungjawab di kampung berkenaan iaitu CelcomDiGi untuk membaik pulih menara tersebut dan perkhidmatan liputan selular kini telah beroperasi seperti biasa.1Pihak MCMC akan terus memantau dan memastikan liputan di menara komunikasi tersebut dalam keadaan yang optimum demi keselesaan penduduk.