KEDAULATAN & KELUHURAN SYIAR ISLAM SEMAKIN DICABAR.> 3 ISU SERANGKAI
- Biro Hal Ehwal Islam, PUTRA Malaysia –
24HB OGOS 2923
Bismillahi Allahu Akbar, wassolatu wassalamu’ala Rasulihil Kareem, wa ‘ala alihi wasohbihi ajmain. Amma ba’du.
ISU NIK ELIN
(melayu islam yg memalukan).
1- Dewasa ini kita semakin jelas melihat pemaparan episod-episod kedurjanaan akhlak dan keruntuhan adab serta tatasusila keIslaman yang dicabar oleh pelbagai pihak.
2- Terbaru masyarakat Malaysia didedahkan dengan sebuah penulisan oleh Nik Elin Zurina Binti Dato’ Nik Abdul Rashid dalam bersihotai.blogspot.com yang semakin menggila dengan pendedahan sikap onarnya sendiri melanggar batasan syariat Islam dengan pengakuannya berkenaan dia menjadi imam solat kepada suaminya sendiri dan anak2 lelakinya dan saranannya mungkarnya membantah kewajipan menutup aurat iaitu berkaitan pemakaian tudung kepala oleh wanita Muslim. Wal iyazubillah.
3- Nampaknya semakin parah sikap-sikap derhaka dan perlanggaran terhadap Syariat Islam yang dilakukan oleh individu bernama Nik Elin ini. Sikap-sikap onar dan perlakuan melanggar Syariat Islam seperti ini tidak boleh lagi dikompromi. Pihak berkuasa agama Islam diharapkan mengambil tindakan setegas-tegasnya terhadap individu seperti itu yang semakin hari semakin menggila membawa perlakuan yang mencerminkan manifestasi fahaman sesat liberalisme dalam beragama. Wal iyazubillah. Umat Islam di Malaysia tidak harus dibiarkan melakukan sewenang-wenangnya perlakuan-perlakuan sumbang dan sesat yang jelas melanggar batasan dan pedomam syarak.
4- Tata-adab memimpin solat jelas adalah ke atas kaum lelaki dan bukannya wanita khususnya untuk jamaah yang ada kaum lelaki di dalamnya. Demikian juga kefardhuan & kewajipan menutup aurat khususnya pemakaian tudung kepala oleh wanita Islam juga adalah pedoman dan suruhan agama yang telah sekian lama nyata dan jelas hukumnya tanpa prejudis lagi. Apa sahaja perlanggaran dan kebiadapan terhadap Syariat Islam, tidak boleh sama sekali dikompromi. Tindakan dan hukuman tegas harus dikenakan kepada sesiapa sahaja dikalangan umat Islam yang dengan sengaja melalukan segala perlanggaran dan kedurhakaan itu.
ISU BERDOA DI PERASMIAN KUIL HINDU
5- Ini adalah satu lagu episod kebiadapan yang sama sekali tidak boleh diterima kerana ia adalah perlanggaran nyata terhadap batasan Syariat Islam.
6- Umat Islam di Malaysia di paparkan sekali lagi dengan sesuatu yang mengejutkan iaitu di dalam suatu majlis peresmian kuil hindu oleh MiC adanya seorang Muslim yang kelihatan membacakan doa untuk majlis tersebut.
7- Perkara sedemikian sama sekali tidak boleh diterima dan dilarang serta ditegah di sisi agama Islam. Di dalam Syariat Islam telah jelas ditegah sama sekali seorang Muslim meraikan perayaan atau sambutan bersifat keagamaan kerpercayaan lain. Apatah lagi dalam konteks ini peresmian sebuah kuil Hindu. Amat dilarang penglibatan langsung seorang Muslim dengan membacakan pula doa di dalam majlis seperti itu , seolah- olah meredhai upacara dan ritual kepercayaan bukan Islam seperti itu. Sesungguhnya ia adalah sesuatu yang amat dilarang dan ditegah oleh Islam. Telah amat nyata sikap-sikap sedemikian adalah natijah daripada fahaman songsang dan kufur dikalangan umat Islam iaitu Pluralisme Agama. Demikianlah bahayanya fahaman sesat liberalisme dan fahaman kufur pluralisme agama yang membawa pelbagai kemudharatan terhadap kesucian dan keluhuran Syariat Islam.
Isu Sikap Segelintir Masyarakat Bukan Islam Membantah Pengajaran Ilmu Hadith di sekolah-sekolah kebangsaan.
8- Ini adalah suatu fenomena kebiadapan segelintir kaum bukan Islam yang semakin biadab melanggar batasan adab mereka dan mencabar kedaulatan agama Islam di negara ini.
9- Dalam kenyataan menteri Pendidikan, pelaksanaan dan pengajaran subjek atau modul 40 Hadith Imam Nawawi itu adalah dikhususkan terhadap Sekolah Menengah Kebangsaan Agama ( SMKA ) dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan ( SABK ). Dan kita juga meyakini sekiranya dilaksanakan di sekolah- sekolah kebangsaan biasa, maka tentunya ia akan dilaksanakan khusus untuk para pelajar Islam, dalam peruntukan masa untuk subjek pendidikan Islam.
11- Namun sekiranya ia mahu dijadikan subjek untuk semua pihak juga tidak menjadi masalah dan ia harus dihormati kerana Malaysia ini sememangnya adalah sebuah negara Islam.
11- Suatu hakikat yang tidak dapat dinafikan lagi adalah apabila pihak PH kembali memerintah, seluruh rakyat akan kembali diperlihatkan sikap biadab golongan bukan Islam tertentu terhadap kedaulatan Syiar Islam dan maruah agama Islam serta umatnya kembali dicabar dan ditentang berulang-ulang kali. Ini adalah suatu episod keji yang kerapkali terjadi apabila golongan liberal-pluralist kembali berkuasa. Nauzubillahi min zalik.
12- Justeru itu, segelintir kaum bukan Islam tersebut tidak perlu melatah dan membantah sesuka hati yang membawa konotasi kebiadapan yang nyata terhadap kedaulatan Syiar Islam di Malaysia. Segala usaha pemartabatan Syiar Islam di negara ini adalah jelas termaktub dan dijamin dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan ia sama sekali tidak boleh dicabar. Hak berdaulat agama Islam sebagai agama persekutuan ( the religion of the federation ) adalah mencakupi ruang yang cukup luas di seluruh negara mengisi teras pembinaan negara ini dan Malaysia ini juga telah diumumkan status kedudukannya sebagai sebuah negara Islam oleh Tun Dr. Mahathir Bin Mohamed ketika beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke- 4 dahulu.
PUTRA MENDESAK JAKIM,PARA MUFTI DAN ALIM ULAMA WAJIB BERSUARA DAN BERTINDAK
“Pertahankan dan Perjuangkan Kedaulatan Syiar Islam di negara bertuah ini, tanah Melayu bumi berdaulat.”
Oleh :
Datuk Dr. Mohammad Fairus Bin Khairuddin.
- Pengerusi Biro Hal Ehwal Islam, PUTRA Malaysia.
- Ahli Dewan Tertinggi ( ADT ), PUTRA Malaysia.
- Timbalan Ketua Penyelaras, PUTRA Negeri Selangor D.E.
- Ketua Bahagian, PUTRA Ampang.
- Mantan YB Timbalan Ketua Menteri 1, merangkap Exco Hal Ehwal Islam, Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
24/ 8/ 2023.