Me’nate sumbang 10% keuntungan hasil jualan kepada Palestin

  • November 3, 2023
  • 3 min read
Me’nate sumbang 10% keuntungan hasil jualan kepada Palestin

KUALA LUMPUR, 3 NOVEMBER 2023 – – Menate Steak Hub menyalurkan sumbangan kepada penduduk di Gaza melalui saluran Pertubuhan Kebajikan Rakyat Sejagat Malaysia (SEJAGAT) dan Tabung Kemanusian Palestin Media Prima.

Menurut Pengarah Urusan Palace Butcher Resources Sdn Bhd, Syed Ashraf Syed Ali yang juga pemilik Me’nate Steak Hub, pihaknya mensasarkan sumbangan sebanyak RM300,000 kepada Palestin

“Kami namakan kempen ini sebagai “Dine And Donate For Palestine”, dan ia akan bermula pada 6 November 2023 ini dan berakhir pada 20 November 2023.

“Kempen ini akan melibatkan semua pelanggan di semua 13 cawangan restoran kami, di mana Me’nate akan menyumbang 10% daripada hasil jualan sepanjang kempen 15 hari ini kepada Palestin,” katanya.

Menyentuh tempoh kempen yang dianggap singkat sesetengah pihak, balas Syed Ashraf ketika ini misi mereka cukup jelas dalam memberikan bantuan sepantas mungkin kepada mangsa peperangan di sana.

“Ini merupakan kali pertama kempen seumpama ini diadakan, fokus kami cukup jelas untuk memberikan bantuan

secepat mungkin kepada rakyat Palestin yang kini terjejas teruk. Bukan sahaja dari segi bantuan makanan tetapi juga perubatan.

“Dengan sasaran yang saya nyatakan tadi, harapan kami hanya satu untuk memastikan mangsa-mangsa di sana

diberikan keperluan secukupnya dalam mengharungi tempoh-tempoh yang cukup sukar ketika ini,” jelasnya lagi.

Turut bersyukur untuk melihat semangat rakyat Malaysia yang tidak putus-putus menyalurkan bantuan kepada Palestin, tambahnya sebagai jenama restoren tempatan yang mempunyai kelebihan untuk menganjurkan Kempen

Sumbangan Dana untuk Palestine, pihaknya turut berharap mendapat sokongan daripada pelanggan Me’nate Steak Hub dalam menjayakan usaha murni ini.

“Pastinya saya dahulukan ucapan terima kasih kepada pelanggan-pelanggan kami yang akan menjadi tulang belakang kepada kempen ini.

Bagi saya usaha ini bukan datang dari satu pihak sahaja pastinya kerjasama bersama SEJAGAT dan Tabung Kemanusian Palestin Media Prima juga menyumbang kepada tujuan kempen ini.

“Semoga dengan usaha ini sedikit sebanyak mampu mengurangkan penderitaan rakyat Palestin,” katanya.

Sementara itu jalinan kerjasama dengan Pertubuhan Kebajikan Rakyat Sejagat Malaysia (SEJAGAT) dan Tabung Kemanusian Palestin Media Prima diharapkan dapat memberikan impak yang lebih tinggi terhadap kempen ini dans eterusnya memudahkan misi menghantar bantuan ke Palestin melalui saluran yang tepat.

“Sejagat dan Tabung Kemanusian Palestin Media Prima mempunyai pengalaman yang luas dan hubungan yang baik dengan Palestin dalam memastikan dana ini kelak dapat membantu rakyat Palestin yang kini sangat-sangat memerlukan bantuan,” katanya.

“Jelasnya lagi bagi Me’nate Steak Hub ini merupakan pengalaman baru dalam mengadakan kempen bantuan kemanusian luar negara seperti ini dan pastinya ianya bukan yang terakhir kerana selama ini sememangnya Me’nate aktif dan komited dalam program Corporate Social Responsibility (CSR) di peringkat tempatan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *