MENTERI KEMENTERIAN KEMAJUAN DESA DAN WILAYAH

  • February 5, 2023
  • 1 min read
MENTERI KEMENTERIAN KEMAJUAN DESA DAN WILAYAH


Pada 30 Januari lalu, ketika saya berada di Negeri Sabah bagi meninjau keadaan banjir
di Daerah Pitas, saya telah dimaklumkan oleh Abdul Manan Indanan, Ketua UMNO
Bahagian Semporna tentang kejadian jambatan dan jeti kayu yang telah roboh di
Pulau Pababag, Semporna.
Saya difahamkan pada ketika itu, terdapat 35 orang murid sekolah dan 2 orang guru
dari kampung sekitar yang baru tiba di jeti untuk ke sekolah di SK Pababag sekitar jam
6.20 pagi.
Saya telah mengarahkan pihak Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW)
untuk segera berhubung dengan Pejabat Daerah Semporna bagi menyiasat dan
mengambil tindakan segera kerana laluan tersebut adalah laluan biasa bagi urusan
pergerakan harian penduduk termasuk menghantar anak-anak ke sekolah serta Tadika
Kemas, Pulau Pababag.
Kementerian telah menyerahkan Surat Arahan Pelaksanaan kepada Pejabat Daerah
Semporna bagi Pembinaan Semula Jambatan dan Jeti Pulau Pababag dengan
peruntukan yang disalurkan adalah sebanyak RM400,000.
Saya berharap agar pembinaan jambatan dan jeti ini dapat dilaksanakan dengan
segera bagi membantu seramai sekurang-kurangnya 151 orang murid sekolah dan 35
orang murid Tadika Kemas ke sekolah serta penduduk kampung yang terjejas
pergerakan harian mereka, akibat jambatan dan jeti yang telah runtuh tempohari.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *