KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa kawasan di Sabah dan Sarawak sehingga 6 petang ini.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan pada 2.45 petang, kawasan terlibat di Sabah ialah Pedalaman (Tambunan), Pantai Barat (Ranau), Tawau (Tawau, Kunak dan Semporna) serta Sandakan (Telupid).
Di Sarawak, keadaan sama diramalkan melibatkan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Sarikei (Pakan dan Julau), Sibu, Mukah (Dalat dan Mukah), Kapit (Song, Kapit dan Bukit Mabong) serta Bintulu.
Orang ramai dinasihatkan supaya berwaspada dan mengikuti perkembangan terkini yang dikeluarkan pihak berkuasa dari semasa ke semasa.



