Miliki kereta sedan terpakai dengan harga mampu milik bermula RM29,000 cara mudah(Kereta bekas kegunaan pejabat kerajaan)

  • March 30, 2024
  • 2 min read
Miliki kereta sedan terpakai dengan harga mampu milik bermula RM29,000 cara mudah(Kereta bekas kegunaan pejabat kerajaan)

Bagi rakyat Malaysia, memiliki kereta dianggap sebagai satu keperluan utama yang memudahkan mereka pergi ke tempat kerja atau mana-mana destinasi lain dengan pantas dan efektif.

Namun dengan harga dan kos yang semakin tinggi, agak sukar untuk mendapatkan kereta yang berkualiti dan harga yang mampu milik dengan mudah.

DATO CAR KING BERGAYA DIANTARA
KERETA YANG DIPAMIRKAN DIPEJABAT CARDAO

Cardao Automotif dengan kerjasama Car King Malaysia dan UI Hire Berhad memahami situasi yang berlaku zaman sekarang dengan melakukan kerjasama dalam penyewaan dan kepemilikan kenderaan cara mudah, pelancaran di pejabat Cardao Kuala Lumpur, hari ini.

Antara kenderaanya adalah jenama Proton X70, Proton Perdana, dan Proton Preve dengan harga bermula RM29,000 sehingga RM 67,000 sahaja.

Pengasas Car King Malaysia, Dato’ Calvin Yap berkata, perkhidmatan yang mesra pelanggan dengan jaminan kepuasan adalah janji kami kepada para pelanggan kami.

” Usaha sama ini untuk mewujudkan inisiatif untuk membantu rakyat Malaysia untuk memiliki kenderaan motokar mampu milik dan juga kepada mereka yang ingin menambah pendapatan melalui perkhidmatan e-hailing.

SIDANG MEDIA

Cardao Sdn Bhd, Encik Hafiz berkata, kami juga menawarkan tawaran usaha sama kepada individu, syarikat atau koperasi untuk perkhidmatan e-hailing.

“Kami juga mempunyai kapasiti untuk menguruskan kereta bagi tujuan sewa ataupun Penyewaan kereta bagi penggunaan e-hailing.

Menurutnya, perkhidmatan e-hailing merupakan sektor yang penting dan merupakan pilihan utama pengangkutan awam bagi rakyat malaysia selain bas, komuter dan LRT atau MRT.

” Atas faktor harga jualan kereta yang tinggi, maka rata-rata pemandu e-hailing menggunakan kereta kompak berbanding kereta sedan disebabkan harga jualan sedan baru yang mahal.

” Oleh kerana itu, kami ingin menawarkan kereta sedan jenama Proton terpakai yang berkualiti dengan harga yang mampu milik dan berpatutan dengan jaminan satu (1) tahun ‘warranty’ selepas jualan.

” Justeru itu, kepada yang berminat, jangan lepas kan peluang kerana hanya 3,000 kereta sahaja akan terjual, jualan sehingga stok masih ada,” katanya kepada pemberita.

“Tujuan kami adalah untuk berkongsi kekayaan ini dengan seluruh rakyat Malaysia yang sudi bersama kami di Cardao Automotif dan Car King.

Peminat kereta terpakai bertanyakan soalan berkaitan urusan jual beli yang ditawarkan CARDAO AUTOMOTIVE

” Jangan lepas kan peluang untuk memiliki kereta mampu milik sekarang, maklumat lanjut di Carlist.my dan carkingmalaysia.com atau terus ke bilik pameran di Cardao Sdn Bhd di Maju Link KL (TBS) – UTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *