(Misi NASA Europa Clipper: Jupiter Orbit Oktober 2024) Tokoh Pendidikan Global: Kisah Inspirasi dan Penglibatan Cik Chubashini Amirtham

  • April 15, 2025
  • 5 min read
(Misi NASA Europa Clipper: Jupiter Orbit Oktober 2024) Tokoh Pendidikan Global: Kisah Inspirasi dan Penglibatan Cik Chubashini Amirtham

Perjalanan dan penglibatan Cik Chubashini Amirtham dalam dunia pendidikan bukan sekadar kisah kejayaan individu, tetapi inspirasi kepada generasi akan datang. Dengan semangat juang, ketekunan, dan visi yang jelas, beliau terus mencipta perubahan dalam sistem pendidikan global.

Sebagai satu-satunya wakil dari rakyat Malaysia yang telah mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa, kisahnya membuktikan bahawa dengan ilmu, usaha, dan keyakinan, tiada had kepada kejayaan yang boleh dicapai.

NASA telah melancarkan kempen “Message in a Bottle” sebagai sebahagian daripada misi Europa Clipper, yang bertujuan untuk menghantar nama-nama individu ke bulan Europa, satelit semula jadi Jupiter yang berais. Kempen ini membolehkan orang ramai
dari seluruh dunia menyertai misi angkasa lepas dengan menghantar nama mereka untuk diukir pada mikrocip yang akan
dipasang pada kapal angkasa tersebut. Kapal angkasa Europa Clipper telah dilancarkan pada 14 Oktober 2024 dan dijangka tiba di
sistem Jupiter pada April 2030. Setelah tiba, ia akan memulakan siri penerbangan lintas dekat untuk menjalankan penyelidikan
saintifik yang mendalam.

Nama Chubashini Amirtham didalam botol dan akan dihantar ke Planet Jupiter
Misi NASA: Planet Jupiter

Kuala Lumpur, 25 Mac – Dalam dunia pendidikan global yang semakin berkembang, nama Cik Chubashini Amirtham muncul sebagai ikon inspirasi. Dengan pelbagai pencapaian di peringkat antarabangsa, beliau bukan sahaja membawa nama Malaysia ke persada dunia tetapi juga mencipta legasi dalam bidang pendidikan abad ke-21.

Pendidikan: Landasan Perubahan Hidup

Sejak zaman persekolahannya, kesedaran mendalam tentang kuasa pendidikan telah membentuk minatnya dalam bidang ini. Dibesarkan dalam keluarga yang menitikberatkan pendidikan, beliau terinspirasi oleh kedua-dua ibu bapanya, mendiang Encik Amirtham dan Puan Krishnavany, yang memastikan akses pendidikan berkualiti untuk anak-anak mereka.

“Pengalaman pendidikan asas ini menanamkan semangat saya untuk mengajar dan memastikan setiap pelajar mempunyai peluang yang sama untuk berkembang, sejajar dengan kemajuan teknologi dan pembangunan lestari,” katanya.

Tekad dan gigih dalam mengharungi segala cabaran demi sebuah impian .

Penglibatan beliau dalam pendidikan global bermula ketika pandemik COVID-19, melalui platform seperti Coursera, Microsoft Education, dan National Geographic Education. Kejayaan besar dicapai apabila beliau diiktiraf sebagai National Geographic Educator, Explorer, dan Duta Jenama, dengan projek-projek yang menjangkau ribuan pelajar di seluruh dunia.

Keunikan sumbangannya diiktiraf melalui World Book of Records (London), yang seterusnya menarik perhatian organisasi ternama seperti United Nations Training and Research Centre di New York, World Bank Group, dan NASA Education.

Menjadi Hakim Antarabangsa di Simposium NASA: Sejarah Malaysia

Menjadi rakyat Malaysia pertama yang dilantik sebagai Hakim Antarabangsa di NASA International Virtual Science Symposium adalah satu pencapaian luar biasa.

“Saya percaya ini adalah rahmat Tuhan dan restu Mahaguru saya, Yang Berbahagia Dato’ Sri Dr. V. Balakrishnan (Dato’ Sri Guruji). Kejayaan ini bermula apabila saya menyertai NASA Globe Program, sebuah platform pembelajaran berasaskan projek dan socio-emotional learning,” jelasnya.

DATO’ SRI DR. V. BALAKRISHNAN & DATIN SRI SUNDARI BALAKRISHNAN

Walaupun Malaysia bukan sebahagian daripada program ini, beliau diberikan akses istimewa, menjadikannya warga Malaysia pertama dalam program NASA tersebut. Dengan 194 projek pendidikan NASA dalam tempoh empat tahun, sumbangannya diiktiraf dengan beberapa anugerah berprestij:

Outstanding Mentor for Students (2022, 2023) – NASA Globe Program

Outstanding International Judge (2024) – NASA International Virtual Science Symposium

Penyertaan nama dalam misi Europa Clipper ke planet Musytari (dilancarkan pada Oktober 2024, tiba pada 2030)

Pengguna rasmi James Webb Space Telescope (JWST) dan Hubble Space Telescope (HST)

Universiti terkemuka United Kingdom, Lancaster University, turut mengiktiraf sumbangannya dalam Projek Davy Notes 2024 yang dilaksanakan bersama NASA. Projek penyelidikan ini dijangka berlangsung selama tiga tahun, dengan beliau sebagai satu-satunya rakyat Malaysia yang terlibat.

Transformasi Pendidikan: Menuju Masa Depan yang Lebih Dinamik

Sebagai pakar dalam metodologi pembelajaran abad ke-21, beliau melihat pendidikan berkembang daripada sistem berpusatkan guru kepada pendekatan yang memberi penekanan kepada pemikiran kritis, kolaborasi, komunikasi, dan kreativiti.

“Integrasi teknologi seperti AI dan Virtual Reality (VR) akan membawa dimensi baru dalam pendidikan, menjadikannya lebih menarik dan mudah diakses oleh generasi Gen-Z dan Alpha,” katanya.

Beliau percaya bahawa pelajar masa kini adalah “changemakers” yang mampu membentuk dunia masa depan melalui sistem pendidikan yang inovatif dan inklusif.

Pengiktirafan Antarabangsa: Inspirasi kepada Dunia

Di sebalik kejayaan besar, pengiktirafan global menjadi bukti sumbangan luar biasanya. Anugerah seperti “Most Inspiring Woman of The Earth” (New Delhi, India) dan “Lifetime Achievement Award” adalah simbol kepada usaha gigihnya dalam memperjuangkan pendidikan berkualiti dan kesaksamaan gender.

Anugerah ini bukan sekadar penghormatan, tetapi bukti bahawa kerja keras dan dedikasi dalam pendidikan boleh membawa perubahan global,” katanya.

Projek Berimpak: “The Future We Want”

Salah satu inisiatif paling berpengaruh yang dilancarkannya ialah projek “The Future We Want” di bawah National Geographic Learning. Projek ini bertujuan memberi kesedaran kepada pelajar tentang cabaran global dan penyelesaiannya, dengan lebih 200,000 pelajar di seluruh dunia menyertainya sejak pelancarannya.

“Projek ini bukan sahaja memberi impak besar kepada pelajar, tetapi juga membentuk pemimpin masa depan yang proaktif dan bersedia menghadapi cabaran dunia moden,” tambahnya.

Inspirasi Daripada Mahaguru: Kuasa Meditasi Yogic Power

Di sebalik kejayaan luar biasa ini, beliau menegaskan bahawa sumber inspirasi utamanya adalah Mahaguru Yang Berbahagia Dato’ Sri Dr. V. Balakrishnan (Dato’ Sri Guruji) dan Yang Berbahagia Datin Sri Sundari Balakrishnan.

“Didikan dan meditasi Yogic Power dari Mahaguru saya menjadi asas kekuatan mental dan spiritual saya. Ia membantu saya memahami refleksi diri, memperkukuhkan ketabahan, dan mengharungi cabaran hidup dengan penuh kesedaran,” jelasnya.

“Everything is Possible with Yogic Power” – itulah falsafah yang dipegangnya dalam mencapai kejayaan luar biasa di peringkat antarabangsa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *