MISI PERDAGANGAN FRANCAIS MALAYSIA KE PHNOM PENH, KEMBOJA

  • December 8, 2023
  • 2 min read
MISI PERDAGANGAN FRANCAIS MALAYSIA KE PHNOM PENH, KEMBOJA


DARI 3 – 6 DISEMBER 2023 & MAJLIS PERASMIAN PROGRAM FRANCHISE
MALAYSIA IN PHNOM PENH, CAMBODIA
PHNOM PENH, 6 DISEMBER 2023 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri
dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah mengadakan satu Misi Perdagangan Francais
Ke Phnom Penh, Kemboja Bagi Program Franchise Malaysia In Phnom Penh,
Cambodia yang diadakan dari 3 hingga 6 Disember 2023.

  • Delegasi KPDN diketuai oleh YBhg. Dato’ Rohaizi bin Bahari, Pengarah
    Kanan Sektor Perdagangan Pengedaran dan Perniagaan, Kementerian
    Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN). Turut hadir bersama
    adalah Deputy Chief of Mission Malaysia ke Kemboja, Puan Nur Herzazzila binti
    Ghazali dan Setiausaha Agung Persatuan Francais Malaysia (MFA), Encik Deric
    Yeo.
  • Selain wakil daripada KPDN, delegasi ini turut disertai oleh wakil Persatuan
    Francais Malaysia (MFA), MATRADE dan 5 syarikat francais terkemuka tempatan
    seperti Marrybrown, Q-Dees, HOME Math Therapy, Smart Reader Kids dan
    MyeongDong Topokki.
  • KPDN komited untuk membawa lebih banyak produk francais tempatan yang
    mempunyai kelainan tersendiri untuk dipasarkan ke peringkat antarabangsa. Di
    peringkat global, jenama francais Malaysia juga telah berkembang sebagai jenama
    terkemuka di seluruh dunia, dengan lebih daripada 70 jenama di 80 buah negara.
    Misi Francais Malaysia di Phnom Penh, Kemboja merupakan platform terbaik
    untuk usahawan-usahawan francais tempatan mengembangkan perniagaan
    francais ke pasaran strategik di rantau ASEAN.
  1. Kementerian optimis bahawa syarikat-syarikat yang menyertai Misi
    Perdagangan ke Phnom Penh, Kemboja akan mendapat hasil bagi pulangan
    pelaburan kepada negara. Ia adalah selaras dengan sasaran potensi pelaburan
    yang ditetapkan sebanyak RM29 juta bagi kesemua 5 syarikat yang menyertai
    misi perdagangan ini.
  2. Di dalam rangka program kerja misi perdagangan ini juga, YBhg. Dato’
    Rohaizi bin Bahari dijadual mengadakan kunjungan kehormat ke atas Menteri
    Perdagangan Kemboja dan juga Ketua Pengarah Jabatan Perdagangan,
    Kementerian Perdagangan Kemboja. Di antara perkara yang dibincangkan
    adalah perkara berkaitan kerjasama dua hala di pelbagai bidang di Kementerian
    masing-masing. Selain itu, delegasi Malaysia turut mengadakan beberapa program
    kerja seperti pertemuan dengan pihak syarikat Chip Mong Group dan lawatan ke
    cawangan jenama francais Malaysia yang telah menembusi pasaran Kemboja iaitu
    Tealive.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *