‘Perhimpunan Solidariti Palestin, Selamatkan Hospital, Selamatkan Palestin’ Di Stadium Kajang Jumaat Depan
7 Dis 2023 – Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) Selangor di sokong oleh Dunia Melayu Dunia Islam Malaysia (DMDIM) bersama dengan Persatuan Pengguna Islam Malaysia PPIM dan NGO-NGO sebulat hati bekerjasama dalam menganjurkan perhimpunan Solidariti Palestin di Stadium Kajang pada 15 Disember ini.
Sesi Sidang media yang diadakan baru-baru ini Datuk Hj Saroni b.haji Judi juga merupakan CEO Kajang Plaza Medical Centre menyatakanTanggungjawab secara proaktif diambil oleh barisan penganjur bagi menunjukan rasa tanggungjawab dan solidariti kepada seluruh dunia. Tambahan lagi, atas dasar sifat kemanusiaan, pihak penganjur mendesak agar peperangan yang mensasarkan hospital ini hendaklah dihentikan serta merta.
Menurut Mohd Azmi Bin Abdul Hamid dari MAPIM ataupun dikenali sebagai Cikgu Azmi, setiap mangsa perang atau orang awam seharusnya diberikan kemudahan untuk mendapatkan rawatan di mana-mana hospital di kawasan konflik.
“Usaha yang kami gerakan juga, adalah menyalurkan bantuan alatan dan perubatan yang terjejas teruk akibat konflik yang terkini melanda Palestin.”
“Laporan PBB menyatakan sejumlah 22 dari 36 Hospital di semenanjung Gaza tidak dapat beroperasi,” katanya.
Untuk rekod, konflik terkini di Gaza Palestin bermula apabila terdapat serangan mengejut Hamas terhadap Israel pada 07 Oktober 2023 yang lalu dan telah mengakibat situasi peperangan yang berlarutan sehingga hari ini.
Namun, serangan Hamas bukanlah satu asbab untuk meletakan kesalahan atau pencetus kepada berlakunya konflik yang berterusan ini.
Ini kerana sejak pencerobohan bangsa Yahudi pada tahun 1948 sehingga terbentuknya negara Israel di Palestin, ribuan nyawa khususnya rakyat Palestin telah menjadi korban keganasan tentera Yahudi / Israel ini.
Konflik semasa ini, telah melihatkan kekejaman tentera Israel begitu ketara,
apabila bukan hanya menembak dan mengebom Masjid dan bangunan- bangunan yang didakwa terdapat pejuang Hamas.
Situasi di Gaza ini di tahap amat membimbangkan dimana tentera Israel juga telah menyerang hospital-hospital di wilayah konflik dengan menembak peluru hidup, mengebom dan menembak gas pemedih mata.
Lebih mengejutkan apabila Hospital terbesar di semenanjung Gaza, Hospital Al-Shifa telah diserang secara brutal sehingga menyebabkan ribuan mangsa perang yang sedang mendapatkan rawatan meninggal dunia.
Lebih malang lagi, tentera Israel telah menyekat segala bantuan seperti bekalan bahan api untuk untuk kegunaan janakuasa elektrik di hospital-hospital, menyebabkan segala rawatan yang memerlukan bekalan elektrik tidak berfungsi. Akibatnya ribuan bayi telah meninggal dunia termasuk pesakit-pesakit lain.
Sehubungan dengan itu, satu himpunan solidariti akan diadakan sebagai tanda sokongan yang padu buat seluruh warga Palestin bagi menentang kekejaman Zionis.
Dengan tema ‘PERHIMPUNAN SOLIDARITI PALESTIN, SELAMATKAN
HOSPITAL, SELAMATKAN PALESTIN’, antara tetamu kehormat yang dijangka hadir termasuklah YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim Perdana Menteri, TYT Melaka (Presiden Dunia DMD), MB Selangor, Menteri, Kedutaan Islam dan lain-lain.
Majlis ini akan berlangsung pada pada15 Disember 2023 (Jumaat) bertempat di Stadium Kajang, Bandar Kajang, Selangor bermula 5.00 petang hingga 11.00 malam.
Satu tabung atas nama ‘Tabung Palestin’ telah dilancarkan bagi mengumpul dana bagi menyalurkan bantuan berupa ubat-ubatan dan segala peralatan hospital kepada rakyat Palestin yang amat memerlukan sokongan, selain dari makanan dan sebagainya.
Sumbangan boleh disalurkan ke akaun DMDI Malaysia seperti butiran berikut:- No. Akaun : 0404 2010 0112 66 (Bank Islam). – UTV