KUALA LUMPUR – Jenama minuman terkenal dari Asia, Momoyo, memperkenalkan produk terbaharu mereka menerusi Dino Series, yang menampilkan dua minuman unik iaitu Dino T-Rex dan Baby Yo Flip Dino.

Produk baharu ini merupakan sebahagian daripada inovasi Momoyo dalam kategori Ice Cream Series dan Fruity Series, yang direka untuk memberi pengalaman minuman yang lebih segar, berkrim dan menyeronokkan kepada pelanggan dari semua peringkat umur.



Menurut Alif Iman, Business Department Momoyo Malaysia, konsep produk ini selari dengan semangat jenama mereka iaitu “More & More Young”, yang membawa idea minuman ceria dan menyegarkan untuk kanak-kanak serta orang dewasa.
“Melalui Dino Series, kami mahu memberi pengalaman minuman yang segar, menyegarkan dan berbaloi kepada pelanggan. Ini merupakan identiti jenama Momoyo,” katanya.
Sasaran 500 Cawangan di Malaysia
Momoyo kini mempunyai lebih 1,500 cawangan di seluruh Asia, dengan lebih 1,000 cawangan di Asia Tenggara.
Di Malaysia, jenama ini telah mempunyai lebih 200 cawangan, dan menyasarkan untuk mencapai 500 cawangan menjelang tahun 2027.
Selain itu, Momoyo juga merancang untuk terus berkembang dengan memberi lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia serta memperkukuh kehadiran jenama tersebut melalui pelbagai kolaborasi strategik.
Harga Mampu Milik
Salah satu kelebihan Momoyo berbanding jenama lain ialah penawaran minuman berkualiti tinggi pada harga berpatutan, iaitu sekitar RM5 hingga RM10, supaya mudah dinikmati oleh semua lapisan masyarakat.
Bagi memastikan pelanggan sentiasa mendapat pilihan baharu, Momoyo juga merancang untuk melancarkan produk baharu setiap 45 hari, dengan anggaran 3 hingga 5 produk setiap pelancaran.
Pelancaran Dino T-Rex dan Baby Yo Flip Dino dijangka menarik perhatian penggemar minuman manis serta peminat produk Momoyo di Malaysia.
Kolaborasi Bersama Tourism Malaysia
Dalam usaha menyokong sektor pelancongan negara, Momoyo turut menjalin kolaborasi bersama Tourism Malaysia.


Kerjasama ini bertujuan untuk membantu mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan serta menyemarakkan semangat pelancongan tempatan melalui pelbagai inisiatif bersama.
Melalui kolaborasi tersebut, Momoyo berharap dapat memainkan peranan dalam memperkenalkan Malaysia kepada lebih ramai pelawat sambil menyokong kempen pelancongan negara.
Inisiatif CSR Bersama NGO
Selain fokus kepada perniagaan, Momoyo juga aktif dalam tanggungjawab sosial korporat (CSR) melalui kerjasama bersama sebuah NGO iaitu Stop Human Trafficking (SHUT).



Antara inisiatif yang dilaksanakan termasuk memberikan sumbangan kepada mangsa yang memerlukan serta menjalankan kempen kesedaran sosial kepada orang ramai.
Sebagai sebahagian daripada usaha tersebut, Momoyo akan menyiarkan video kesedaran awam di lebih 200 outlet Momoyo di Malaysia bagi meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap isu pemerdagangan manusia.
Kerjasama ini dijalankan selama tempoh satu tahun sebagai langkah Momoyo untuk bukan sahaja menceriakan pelanggan melalui produk mereka, tetapi juga memberi impak positif kepada masyarakat.
Momoyo turut menganjurkan majlis berbuka puasa dan majlis pelancaran bersama sebagai tanda penghargaan dan keprihatinan terhadap sokongan orang ramai.
Program tersebut turut diserikan dengan penyampaian duit raya kepada anak-anak yatim, sekali gus membawa keceriaan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri serta mencerminkan komitmen Momoyo dalam menyantuni masyarakat.
Majlis tersebut turut menyaksikan pelancaran muzik video khas Momoyo yang menampilkan penyanyi tempatan Layla Sania dan Ismail Izzani.


Kedua-dua artis ini merupakan penyanyi bagi lagu tema Momoyo yang diperkenalkan kepada umum buat pertama kali dalam majlis berkenaan.
Pelancaran muzik video tersebut menambah kemeriahan acara selain memperkukuhkan identiti jenama Momoyo yang ceria, segar dan dekat dengan golongan muda.
Majlis pelancaran tersebut turut dihadiri beberapa tokoh penting industri dan rakan kolaborasi. Ms. Zurina, Senior Deputy Director dari Visit Malaysia; Mr. Alex Tan, General Manager MOMOYO Malaysia; Mr. Mike Xu, CEO Vivo Malaysia; dan Dini Dalilah Wan Nordin, Pengasas Stop Human Trafficking (SHUT). – UTV



