MOTAC menarik balik surat sokongan potongan cukai keatas penajaan Program Temasya Kesenian dan Kebudayaan Asia Tenggara dan Menyenarai Hitamkan Syarikat Srikandi Wawasan Enterprise

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) hari ini mengumumkan menarik
balik surat sokongan serta tindakan menyenaraihitamkan syarikat Srikandi Wawasan
Enterprise selama tiga tahun berikutan beberapa pelanggaran serius terhadap syarat
surat sokongan tersebut dalam penganjuran program Temasya Kesenian dan
Kebudayaan Asia Tenggara.

Surat sokongan ini dikeluarkan bagi membolehkan penaja program layak menerima potongan cukai di bawah perenggan 34(6)(k) Akta Cukai Pendapatan sebagai insentif untuk menyokong penganjuran program seni, budaya atau
warisan.

Keputusan ini dibuat selepas MOTAC menjalankan siasatan terperinci berhubung insiden yang tular pada 24 Oktober 2025 melibatkan seramai 61 pelajar sekolah dari Malaysia yang terkandas selama tiga jam di Lapangan Terbang Soekarno-Hatta, Jakarta, Indonesia di bawah pengurusan syarikat berkenaan.
Siasatan mendapati penganjur telah menukar tujuan asal program seperti yang dinyatakan dalam surat sokongan tersebut iaitu daripada persembahan kebudayaan kepada lawatan pelancongan tanpa memaklumkan MOTAC.

Mereka juga gagal
menyediakan penginapan, pengangkutan, makanan dan minuman serta jadual
perjalanan yang jelas sehingga peserta terkandas tanpa bantuan sewajarnya menyebabkan pihak Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta terpaksa campur tangan.

Tindakan ini menunjukkan kecuaian serius pihak syarikat dan telah melanggar SOP keselamatan serta garis panduan pengurusan program di luar negara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *