KEJADIAN BANJIR KILAT DI BEBERAPA LOKASI KUALA LUMPUR

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memaklumkan bahawa kejadian banjir kilat telah berlaku pada 4 Disember 2025 di beberapa lokasi sekitar Kuala
Lumpur akibat cuaca tidak menentu dan gangguan infrastruktur setempat.
Pasukan DBKL bersama agensi keselamatan telah digerakkan segera bagi memastikan keselamatan awam, menutup kawasan berisiko, membantu
mereka yang terjejas serta melaksanakan kerja pembersihan dan pemulihan.
Keadaan berjaya dikawal dalam masa singkat.
DBKL kini sedang menjalankan penilaian terhadap kerosakan dan infrastruktur bandar bagi mengenal pasti tindakan penambahbaikan yang boleh dilaksanakan.
Orang awam dinasihatkan mematuhi arahan keselamatan dari semasa ke semasa dan menyalurkan maklumat dengan menghubungi Talian Kecemasan DBKL 24 Jam, melalui Bilik Gerakan Bencana DBKL di talian 03-2617 9862 atau WhatsApp 013-2503 255.
Maklumat berkaitan kecemasan juga boleh disalurkan ke Kuala Lumpur Command and Control Centre (KLCCC) melalui WhatsApp 019-212 0032, Pusat Kawalan Operasi Jabatan Penguatkuasaan DBKL di talian 03-4010 6273 atau





